Malaysia legislation
Section 14B
Seksyen 14B
(2)
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa tatatertib:
(a)
jawatankuasa tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli Lembaga Pengarah selain Pengerusi, atau apa-apa bilangan pegawai, atau apa-apa kombinasi ahli Lembaga
Pengarah dan pegawai; dan
(b)
pegawai yang menjadi anggota jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.
(3)
Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai atau pekerja yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(4)
Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 14A.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
Lembaga Rayuan Tatatertib