Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974

Seksyen 8

(a)

Pengerusi hendaklah dilantik selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan layak dilantik semula; dan

(b)

mana-mana pengarah lain (selain Ketua Eksekutif) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.

(2)

Pengarah hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa gaji, bayaran atau elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Dalam masa Pengerusi tidak berdaya buat sementara oleh sebab sakit atau dalam masa Pengerusi tidak ada buat sementara di Malaysia, Timbalan

Pengerusi boleh bertindak sebagai Pengerusi sementara, dan jika kedua-dua

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak ada, Menteri boleh melantik seorang daripada pengarah lain itu untuk menjadi Pengerusi sementara.

(4)

Menteri boleh pada bila-bila masa menamatkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana pengarah yang—

Bank Simpanan Nasional 13

(a)

bersalah atas salah laku yang berat berhubung dengan jawatannya;

(b)

tidak menghadiri mesyuarat Lembaga lebih daripada tiga kali berturut-turut, kecuali apabila bercuti atau dengan kelulusan

Menteri;

(c)

tidak mematuhi kewajipannya di bawah seksyen 12; atau

(d)

pada pendapat Menteri, tidak lagi layak menjadi Pengerusi atau pengarah.

(5)

Seseorang tidak boleh dilantik atau tidak boleh lagi menjadi Pengerusi atau pengarah Bank jika dia—

(a)

disabitkan oleh sesuatu mahkamah undang-undang atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau disabitkan atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud atau kecurangan dan dia belum mendapat pengampunan;

(b)

menjadi seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berdaya menjalankan kewajipannya; atau

(c)

menjadi seorang bankrap atau membuat apa-apa perkiraan atau komposisi dengan pemiutangnya;

(d)

(Dipotong oleh Akta A397).

Pelantikan dan kewajipan Ketua Eksekutif