Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974

Seksyen 9

(2)

Ketua Eksekutif—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1389);

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

(b)

hendaklah bertanggungjawab kepada

Lembaga terhadap pentadbiran dan pengurusan Bank yang sempurna, mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;

(c)

boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, memberikan keputusan dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank; dan

(d)

adalah bertanggungjawab kepada Lembaga terhadap perbuatan dan keputusannya.

(3)

Ketua

Eksekutif hendaklah menumpukan seluruh masa profesionalnya kepada perkhidmatan Bank:

Dengan syarat bahawa dia boleh, jika dilantik sedemikian dan dengan kelulusan Menteri, menjadi—

(a)

seorang pengarah, gabenor atau ahli lembaga (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu bank simpanan antarabangsa atau institusi yang seumpamanya yang bercorak antarabangsa;

(b)

seorang pengarah bagi sesuatu perbadanan atau institusi di dalam Malaysia,yang dalamnya Bank mungkin mempunyai kepentingan; atau

(c)

seorang pengarah atau ahli lembaga pengurus (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu pihak berkuasa atau badan awam.

Arahan oleh Menteri