Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
Pengerusi Lembaga sebagai pengerusi Jawatankuasa;
(b)
Pengurus Besar, jika ia tidak dilantik menjadi Pengerusi
Lembaga; dan
(c)
beberapa orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
(2)
Pada melantik ahli di bawah perenggan (1)(c), Menteri hendaklah mengambil perhatian terhadap apa-apa pandangan atau rayuan berhubung dengannya itu yang dibuat oleh pengguna
Pelabuhan dan oleh orang yang mengadakan perkhidmatan pelabuhan.
(3)
Lembaga boleh berunding dengan Jawatankuasa atas apa-apa juga perkara mengenai Pelabuhan dan hendaklah, jika Jawankuasa telah dilantik, berunding dengannya atas perkara yang berikut:
(a)
apa-apa perubahan besar mengenai caj atau caj skel yang dilevi oleh Lembaga;
(b)
apa-apa rancangan utama berhubung dengan pengembangan atau pembangunan dan kemajuan
Pelabuhan; dan
(c)
apa-apa perkara lain yang mana Lembaga adalah dikehendaki oleh Menteri supaya berunding dengan
Jawatankuasa.
(4)
Pengerusi Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya satu salinan minit mesyuaratnya dihantar kepada Menteri.
(5)
Subseksyen 4(3), (4) dan (5) dan Jadual (kecuali perenggan 6,
7 dan 9) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi Jawatankuasa dan ahlinya sebagaimana ia dipakai bagi Lembaga dan ahlinya.
Modal kerja bagi Lembaga