PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1981/243
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981 is Malaysia Act, cited as Act 243 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Walau apa pun subseksyen (1), seksyen 92 hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 16 Ogos 1981.
Apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau apa-apa wang yang dipungut, dibelanjakan atau dilaburkan oleh Lembaga sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini yang akan menjadi sah jika peruntukan-peruntukan Akta ini telah berkuat kuasa pada masa ia dilakukan adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dilakukan atau dipungut, dibelanjakan atau dilaburkan olehnya secara sah.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain−
“Akta itu” ertinya Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah
Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan 1979 [Akta 217];
“barang-barang” termasuklah ternakan, galian, keluaran kilang, apa jua bentuk gas dan apa jua jenis barang dagangan;
“caj” termasuk tol, dius, sewa dan lain-lain kadar yang kena dilevi di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang terdapat di bawahnya;
“daerah permaliman” ertinya kawasan dalam Pelabuhan atau laluan masuk ke Pelabuhan itu yang diisytiharkan di bawah seksyen 53
sebagai daerah permaliman;
“dermaga” termasuklah suatu dinding dan bangunan yang bersempadanan dengan persisir, dasar laut atau dasar sungai;
“dok” termasuklah lembangan, pintu air, parit, pintu masuk, dok kering, blok lunas kapal, satah condong, limbungan, kesisi, pengkalan, gudang dan kerja lain dan benda yang berkaitan dengan dok;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 13
“gudang berlesen” ertinya gudang atau tempat lain yang dilesen bagi menggudangkan barang-barang berduti di bawah seksyen 65 Akta
Kastam 1967 [Akta 235];
“kadar” termasuk tol, dius, sewa, dan caj lain yang kena dilevi di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya;
“kapal” termasuk tiap-tiap jenis vesel yang digunakan dalam pelayaran yang tidak didorong oleh dayung;
“Kerajaan” dan “Kerajaan Persekutuan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“kereta” termasuk pengangkut yang berjalan dengan mengguna roda atau peluncur dan digunakan atau bermaksud hendak digunakan untuk memindah atau mengangkut orang, binatang atau barang-barang;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pelabuhan Bintulu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“malim Lembaga” ertinya malim yang diambil kerja oleh Lembaga di bawah seksyen 55;
“Menteri” dan “Menteri Kewangan” masing-masing ertinya Menteri
Persekutuan yang bertanggungjawab mengenai pelabuhan dan labuhan, dan mengenai kewangan;
“nakhoda” termasuklah tiap-tiap orang, kecuali seorang malim, yang pada masa itu menguasai atau menjaga sesuatu vesel;
“Pelabuhan” ertinya Pelabuhan Bintulu dalam kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 Akta itu;
“pemunya”, apabila digunakan berkenaan dengan barang-barang, termasuklah konsainor, konsaini, pengapal atau agen bagi penjualan, penyimpanan, pengapalan atau pendaratan barang-barang itu; dan, apabila digunakan berkenaan dengan vesel, termasuk pemunya
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
sebahagian, pencatar, konsaini atau pemegang gadai-janji yang memiliki vesel itu;
“pengendali berlesen” ertinya pengendali berlesen yang dilesenkan di bawah Bahagian III Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990
[Akta 422];
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4 (1)(a);
“penguasa dermaga” ertinya pegawai yang diambil kerja oleh
Lembaga untuk menjaga pengurusan dermaga dan dok Lembaga;
“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar Pelabuhan yang dilantik di bawah seksyen 21;
“pier” termasuklah pentas, tangga, tempat mendarat, pentas mendarat, jeti, tongkang kotak apung atau pontun dan jambatan, dan lain-lain kerja yang berkaitan dengannya;
“tanah” termasuklah dasar laut di bawah tikas air pasang;
“vesel” termasuklah kapal atau bot dan apa-apa jenis vesel lain yang digunakan dalam pelayaran.
Bahagian II
Penubuhan Lembaga Pelabuhan Bintulu
Lembaga hendaklah—
menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meteri biasa;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 15
tertakluk kepada seksyen 8 dan 10, berkebolehan membeli atau selainnya memperoleh, yang diberi dengan jalan pemberian atau selainnya, memegang atau melupuskan harta alih dan tak alih, termasuk sesuatu kepentingan mengenainya;
berkebolehan membuat kontrak, membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, dan Lembaga boleh melakukan dan menanggung segala perbuatan dan perkara lain sebagaimana yang boleh dilakukan dan ditanggung oleh pertubuhan perbadanan.
Keanggotaan Lembaga
tidak kurang daripada lima orang tetapi tidak lebih daripada sembilan orang ahli yang dilantik oleh Menteri;
Dengan syarat bahawa adalah sah bagi Menteri melantik Pengurus
Besar menjadi Pengerusi.
Jika Pengerusi ialah orang yang lain daripada Pengurus Besar maka Pengurus Besar hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi, melainkan jika Menteri melantik mana-mana ahli yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga.
Seorang Pengerusi sementara atau ahli sementara boleh dilantik sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) dalam masa
Pengerusi atau ahli itu tidak berupaya sementara kerana sakit atau dalam masa tidak ada sementara dalam Negeri Sarawak atau Malaysia, dan peruntukan Akta ini yang terpakai bagi Pengerusi atau ahli
(termasuk orang yang hendak dilantik sedemikian itu) hendaklah
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
dipakai mutatis mutandis bagi Pengerusi sementara atau ahli sementara
(termasuk orang yang hendak dilantik sedemikian itu).
Lembaga boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keanggotaannya, dan tiada apa-apa perbuatan Lembaga boleh menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab sesuatu kecacatan dalam perlantikan mana-mana ahlinya atau atas alasan bahawa mana-mana orang yang bertindak sebagai ahlinya telah berhenti menjadi ahli yang sedemikian itu.
Walau apa pun yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Menteri boleh memecat daripada jawatan Pengerusi atau mana-mana ahli Lembaga tanpa memberi apa-apa sebab.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi penjalanan fungsinya atau yang bersampingan dengannya, dan khususnya—
mengusahakan semua atau apa-apa jua jenis kerja berhubung dengan Pelabuhan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, atau membenarkan mana-mana orang dengan memberi lesen kepadanya supaya mengusahakan kerja yang sedemikian itu, tertakluk kepada kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat oleh Lembaga, dan lesen itu boleh mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Lembaga;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 17
membina, menyenggara dan mengguna dermaga, dok, pier dan jambatan dalam kawasan yang terletak hak pada
Lembaga, dengan segala gerbang, longkang, pembetung, pagar, jalan, kereta api dan laluan masuk yang perlu dan sesuai;
tertakluk kepada peruntukan Akta ini, melevi apa-apa dius pelabuhan dan apa-apa caj biasa terhadap barang-barang atau kargo yang dimuat dan dipunggah di Pelabuhan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga untuk menyenggara, memperbaiki atau membangun dan memajukan Pelabuhan;
mengawal penambatan dan penggerakan semua vesel, sama ada di jalan atau di sisi pengkalan, dermaga, pier atau tempat mendarat, yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Lembaga;
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengguna, jentera, apungan pemadam api dan alatan lain bagi maksud memadamkan kebakaran pada harta benda Lembaga dan kebakaran di Pelabuhan;
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendalikan, vesel bagi maksud menunda atau memberi bantuan kepada mana-mana vesel
(sama ada di dalam perairan negara Malaysia atau di lautan lepas dan sama ada yang memasuki atau memperoleh meninggalkan Pelabuhan atau menuju ke tempat lain) dan bagi maksud menyelamatkan nyawa atau harta benda atau mendapatkan kembali harta benda yang hilang, tenggelam atau terdampar;
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendali, vesel feri untuk membawa
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
penumpang, kereta dan barang-barang, dan menggunakan feri untuk mencari sewa;
menjalankan perniagaan sebagai pembunker dan pembekal barang-barang stor dan bahan-bahan kepada kapal;
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara dan, dalam kawasan yang terletak hak pada
Lembaga, mengendalikan apa-apa jua kemudahan termasuk keretapi, gudang, syed, jentera, kerin, alat penimbang dan alatan lain untuk mengangkut, menerima, menyelenggara dan menyimpan barang-barang yang hendak didarat atau dikapalkan atau selainnya diuruskan oleh Lembaga;
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan memasang serta menyenggarakan alat tambatan;
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendalikan, segala cara dan alatan untuk menambat, memuat dan memunggah vesel;
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta menambat, vesel dan bahan kapal untuk menyimpan dan mengerjakan kargo dan barang-barang;
menebus guna, menggali, memagar atau meninggikan mana-mana bahagian kawasan yang terletak hak pada
Lembaga;
membersih, mendalamkan atau memperbaiki mana-mana bahagian Pelabuhan, dan bagi apa-apa maksud yang sedemikian itu, membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendalikan, kapal korek atau alatan lain;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 19
mendirikan atau menyebabkan didirikan bangunan di mana-mana bahagian kawasan yang terletak hak pada
Lembaga;
mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga berhubung dengan kerja di luar kawasan yang terletak hak padanya sebagaimana yang perlu bagi melindungi kerja kepunyaaannya dalam kawasan yang terletak hak padanya itu;
Lembaga boleh, dengan kelulusan daripada Menteri memberi lesen di atas apa-apa syarat yang difikirkan sesuai kepada mana-mana syarikat, firma, orang atau kumpulan orang untuk menjalankan mana-mana aktiviti Pelabuhan yang didapati perlu oleh Lembaga.
Seksyen 3(1) *Akta Insurans 1963 [Akta 89] tidak boleh dipakai bagi Lembaga berhubung dengan kuasanya di bawah perenggan (2)(s).
Kuasa Lembaga untuk membuat apa-apa perkiraan mengenai hal berkongsi untung, dsb.
Lembaga dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
membuat apa-apa perkiraan mengenai hal berkongsi untung, gabungan kepentingan, kerjasama atau usaha sama dengan mana-mana orang atau kumpulan orang; atau
*CATATAN─Akta Insuran 1963 [Akta 89] telah dimansuhkan oleh Akta Insuran 1996 [Akta 553] – lihat
Bahagian A Jadual.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
menubuhkan atau memajukan penubuhan dan pengembangan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965
[Akta 125].
Fungsi tambahan Lembaga
Kewangan, boleh−
Opening note
Bagi maksud seksyen ini, “aktiviti yang berhubungan dengan pelabuhan” ertinya−
aktiviti yang dilakukan di luar sesuatu pelabuhan yang berhubungan dengan mana-mana fungsi atau kewajipan
Lembaga untuk mengendali atau menyenggara sesuatu pelabuhan atau pengangkutan barang-barang melalui pelabuhan itu; atau
pembangunan, pengendalian atau penyelenggaraan di luar pelabuhan marina dan harta lain yang perlu bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kewajipan Lembaga.
Tugas Lembaga
Pada menjalankan fungsinya, Lembaga hendaklah—
menyenggara, atau mengadakan peruntukan bagi menyenggara, perkhidmatan dan kemudahan pelabuhan yang cukup dan cekap (termasuk perkhidmatan feri)
dengan mengenakan caj yang berpatutan kepada semua pengguna Pelabuhan itu, selaras dengan kepentingan awam;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 21
mengadakan perkhidmatan permalimam dalam kawasan
Pelabuhan dan laluan masuk pelabuhan;
mengadakan sekian banyak tempat mendarat awam yang pada pendapat Lembaga adalah mencukupi;
menyelaraskan aktiviti Pelabuhan dan menggalakkan perbaikan dan pembangunan serta kemajuan Pelabuhan;
dan
melakukan apa-apa perbuatan dan perkara yang perlu bagi melaksanakan tugas Lembaga yang disebut dalam seksyen ini.
Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga
Bagi membentuk program penyusunan semula atau pembangunan serta kemajuan yang melibatkan sebahagian besar perbelanjaan modal Lembaga hendaklah bertindak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dari semasa ke semasa dengan kelulusan
Menteri.
Kuasa Lembaga tentang harta
Lembaga hendaklah menyebabkan apa-apa harta yang dibeli atau selainnya diperoleh, yang diletak hak sebagai hadiah atau selainnya, atau yang dilupuskan supaya dinilai pada tarikh harta itu dibeli atau diperoleh, diberi atau dilupuskan, dan hendaklah dengan serta-merta menyebabkan butir-butir lanjut mengenai penilaian itu ditunjukkan dalam akaunnya.
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuan
Menteri Kewangan melalui perintah dalam Warta memindahkan kepada Lembaga apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak pada
Kerajaan atau dipunyai oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu, dan apa-apa harta yang dipindahkan sedemikian hendaklah terletak hak pada Lembaga tanpa apa-apa jaminan lagi.
Apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (3) hendaklah tertakluk kepada apa-apa had dan syarat sebagaimana dinyatakan oleh
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, dan perintah itu boleh memasukkan peruntukan mengenai hak, kepentingan, hutang, tanggungan dan kewajipan berkenaan dengan harta itu yang hendak dipindahkan kepada Lembaga dan disifatkan sebagai telah diambil atau dilakukan oleh Lembaga, mengikut mana yang berkenaan.
Pengambilan harta tak alih oleh Lembaga
Apabila Lembaga tidak dapat memperoleh melalui perjanjian apa-apa harta tak alih yang dikehendaki bagi maksud Akta ini, tindakan boleh diambil oleh Kerajaan bagi memperolehnya bagi pihak Lembaga mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan pengambilan tanah bagi maksud persekutuan.
Pelupusan tanah
Bagi mengelakkan keraguan, jika apa-apa kepentingan mengenai tanah terletak hak kepada Persekutuan bagi maksud Pelabuhan, adalah sah bagi Persekutuan, menurut Perkara 86 Perlembagaan, melupuskan kepentingan mengenai tanah itu kepada mana-mana orang atau
Lembaga Pelabuhan Bintulu 23
kumpulan orang bagi penggunaan oleh orang atau kumpulan orang itu bagi apa-apa maksud persekutuan.
Kuasa Lembaga memajakkan atau memberi lesen mengenai pesisir pantai
Walau apa pun peruntukan seksyen 8 (1), tiada apa-apa pajakan atau lesen yang diberi di bawah subseksyen (1) selama tempoh lebih daripada dua belas bulan boleh menjadi sah melainkan jika ia telah dibuat dengan kelulusan Menteri secara bertulis.
Kuasa-kuasa di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dijalankan dengan tujuan menyebabkan apa-apa halangan kepada pelayaran tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri secara bertulis.
Jawatankuasa Perunding Pelabuhan
beberapa orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Pada melantik ahli di bawah perenggan (1)(c), Menteri hendaklah mengambil perhatian terhadap apa-apa pandangan atau rayuan berhubung dengannya itu yang dibuat oleh pengguna
Pelabuhan dan oleh orang yang mengadakan perkhidmatan pelabuhan.
Lembaga boleh berunding dengan Jawatankuasa atas apa-apa juga perkara mengenai Pelabuhan dan hendaklah, jika Jawankuasa telah dilantik, berunding dengannya atas perkara yang berikut:
apa-apa rancangan utama berhubung dengan pengembangan atau pembangunan dan kemajuan
Pelabuhan; dan
apa-apa perkara lain yang mana Lembaga adalah dikehendaki oleh Menteri supaya berunding dengan
Jawatankuasa.
Pengerusi Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya satu salinan minit mesyuaratnya dihantar kepada Menteri.
Subseksyen 4(3), (4) dan (5) dan Jadual (kecuali perenggan 6,
7 dan 9) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi Jawatankuasa dan ahlinya sebagaimana ia dipakai bagi Lembaga dan ahlinya.
Modal kerja bagi Lembaga
“Jawatankuasa”) yang terdiri daripada—
Lembaga boleh diperuntukkan apa-apa jumlah wang untuk modal kerjanya sebagaimana yang ditetapkan oleh Dewan Rakyat, dan apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan sedemikian hendaklah tertakluk kepada apa-apa had dan syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh
Menteri Kewangan.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 25
Kewangan dan akaun Lembaga
Hasil Lembaga bagi mana-mana tahun kewangan hendaklah diguna bagi membayar caj-caj yang berikut bagi tahun tersebut:
penyelenggaraan, kesusutan dan pembaharuan harta benda, dan penjalanan fungsi,
Lembaga yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada hasil;
apa-apa perbelanjaan modal sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga hendaklah dipertanggung kepada hasil.
Amaun yang berbaki daripada hasil Lembaga bagi mana-mana tahun kewangan, setelah dibayar caj yang tersebut dalam subseksyen (2), hendaklah diguna untuk mengimbuh apa-apa kekurangan dalam hasil yang dibawa ke depan dari tahun yang lalu, dan ke semua atau mana-mana bahagian daripada baki itu, jika ada, boleh dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhirnya tahun itu dimasukkan ke mana-mana rizab yang diluluskan oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Wang yang ada dalam kredit rizab itu boleh diguna untuk menjalankan usaha Lembaga.
Lembaga boleh membuka dan menyenggara suatu akaun semasa di bank yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Kuasa untuk meminjam wang
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri Kewangan, meminjam, dengan cara overdraft atau selainnya, apa-apa jumlah wang yang diperlukannya untuk memenuhi obligasi dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan boleh menjamin pembayaran balik apa-apa wang yang dipinjam itu dengan cara menggadaikan atau mencagarkan, di sisi undang-undang atau ekuiti, apa-apa harta yang terletak hak pada Lembaga, atau apa-apa hasil yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta ini.
Pelaburan wang yang tidak dikehendaki dibelanjakan dengan segera, dan sumbangan kepada badan khairat
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memberi sumbangan wang bagi kebajikan kakitangannya atau bagi tujuan orang ramai atau badan khairat.
Pemeriksaan dan pengauditan akaun
Akaun dan rekod Lembaga hendaklah setiap masa terbuka untuk pemeriksaan—
Ketua Audit Negara atau seorang juruaudit yang diberi kuasa dengan khasnya oleh Ketua Audit Negara untuk memeriksa akaun dan rekod itu; dan
mana-mana orang lain yang diberi kuasa dengan khasnya oleh Menteri untuk memeriksa akaun dan rekod itu.
Buku akaun dan rekod hendaklah disimpan di ibu pejabat
Buku akaun dan rekod Lembaga hendaklah disimpan di ibu pejabatnya tetapi boleh dipindahkan dari situ jika dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Akta Badan Berkanun (Akta dan Laporan Tahunan) 1980
hendaklah dipakai
Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)
1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri penyata tertentu dan laporan lain dan maklumat
Lembaga hendaklah memberikan kepada Menteri apa-apa penyata kewangan dan perangkaaan dan apa-apa laporan dan maklumat lain mengenai kedudukan kewangan, harta benda, aktiviti, pembicaraan, polisinya dan pengusahaan yang dicadangkan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Anggaran hasil dan perbelanjaan
Lembaga hendaklah dengan serta-merta meminda apa-apa anggaran yang dikembalikan kepadanya di bawah subseksyen (3) dan hendaklah menghantar semula anggaran itu sebagaimana dipinda kepada Menteri.
Anggaran tambahan
Peruntukan seksyen 19 hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi anggaran tambahan sebagaimana ia dipakai bagi anggaran hasil tahunan dan perbelanjaan.
Bahagian III
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
Perbahasaan “Lembaga” dalam seksyen ini, berhubung dangan pelantikan Pengurus Besar, ertinya Lembaga yang terdiri daripada
Pengerusi dan ahli yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(c).
Penubuhan pasukan keselamatan Pelabuhan
Lembaga Pelabuhan Bintulu 29
Pasukan keselamatan hendaklah terdiri daripada orang yang dilantik di bawah subseksyen 21(1).
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang anggota pasukan keselamatan adalah mempunyai kuasa untuk menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dijumpai tanpa sebab yang sah dalam kawasan yang terletak hak pada Lembaga atau yang dimiliki atau dikawal oleh Lembaga.
Tiap-tiap orang yang ditangkap menurut subseksyen (3)
hendaklah dibawa ke balai polis yang terdekat dengan seberapa segera yang boleh.
Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen 24 hendaklah terpakai bagi anggota pasukan keselamatan yang ditubuhkan di bawah seksyen ini melainkan jika mereka itu dikecualikan dengan nyatanya dalam kaedah itu.
Tugas Pengurus Besar
Pengurus Besar hendaklah, tertakluk kepada arahan Lembaga mengenai perkara dasar, menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas perbuatan dan tindakan semua pegawai dan pekhidmat Lembaga dalam perkara mengenai pentadbiran kerja dan dalam perkara
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
berhubung dengan akaun dan rekod Lembaga, dan, tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, menguruskan perkara berhubung dengan perkhidmatan pegawai dan pekhidmat itu dan gaji, keistimewaan serta elaun mereka.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
Tanpa menyentuh keluasan perenggan (1), kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan—
mengenai faedah persaraan bagi pegawai dan pekhidmat
Lembaga yang bersara atau sebaliknya berhenti daripada memegang jawatan sebagai pegawai dan pekhidmat yang sedemikian itu; dan
mengenai pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh
Menteri, dengan memberi perhatian tentang maksudnya orang yang bekerja dengan Kerajaan diberi pinjaman.
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat menurut perenggan (2)(a) dan (b):
tiada apa-apa derma, caruman, ganjaran, elaun atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah kaedah-kaedah itu, dan juga tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang mengenai apa-apa ganjaran, elaun atau bayaran lain yang dibuat di bawahnya, boleh diserah hak atau dipindah milik atau boleh kena tahan, asing atau levi berkenaan dengan atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan, selain hutang yang kena dibayar kepada
Kerajaan Negeri atau pada Lembaga;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 31
apa-apa wang yang dibayar di bawah kaedah-kaedah itu atas kematian mana-mana orang hendaklah disifatkan menjadi wang amanah untuk orang yang berhak menerimanya menurut surat wasiat atau sekiranya si mati mati tidak meninggalkan wasiat, tetapi tidaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pusakanya atau disifatkan sebagai tertakluk kepada hutangnya;
mana-mana orang boleh melalui wasiatnya atau melalui suatu memorandum di bawah tandatangannya melantik seorang pemegang amanah bagi wang yang dikena bayar apabila orang itu mati di bawah kaedah-kaedah itu, dan boleh mengadakan peruntukan mengenai perlantikan seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang baharu bagi wang itu dan mengenai pelaburan wang itu;
jika pada masa kematian seseorang itu atau pada bila-bila masa kemudiannya tidak ada pemegang amanah bagi wang itu atau adalah bermanfaat melantik seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu, maka dan dalam apa-apa hal seperti itu seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah ataupun pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau oleh seorang Hakim;
penerimaan seorang pemegang amanah atau pemegang amanah yang dilantik dengan sempurna, atau jika sesuatu perlantikan seperti itu tidak dibuat penerimaan oleh wakil diri di sisi undang-undang bagi si mati itu, adalah melepaskan tanggungan atas apa-apa wang yang kena dibayar apabila ia mati di bawah kaedah-kaedah itu;
tiada apa-apa derma, caruman atau bunga yang dibayar di bawah kaedah-kaedah itu boleh menjadi tertakluk kepada hutang pencarum, dan juga tiada apa-apa derma, caruman atau bunga itu dibayar kepada Pegawai Pemegang Harta
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
jika pencarum menjadi bankrap, tetapi jika pencarum itu dihukum menjadi bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan menurut keputusan Mahkamah, maka derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan kaedah-kaedah itu, disifatkan menjadi wang amanah untuk orang yang berhak menerimanya atas kematian pencarum itu;
kebankrapan seseorang pencarum tidak boleh menjejaskan potongan dibuat daripada gaji pencarum mengikut kaedah-kaedah itu dan potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dan bahagian gaji yang dipotong itu hendaklah disifatkan tidak menjadi sebahagian daripada hartanya yang diperoleh kemudian;
mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga yang menjadi pencarum di bawah kaedah-kaedah itu hendaklah, jika ia dibuang kerja sebagai pegawai atau penjawat yang sedemikian itu kerana fraud, kecurangan atau salah laku yang melibatkan kerugian wang kepada Lembaga, atau bersara atau meletak jawatan dengan niat hendak melepaskan diri dari kena menunaikan tanggungan atau dibuang kerja akibat daripada perbuatan fraud, kecurangan atau salah laku itu, maka, tertakluk kepada apa-apa syarat yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah itu, terlucut hak kesemua atau mana-mana bahagian caruman yang dibayar oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut;
rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap apa-apa jua lucut hak yang sedemikian itu.
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, selain kaedah-kaedah berhubung dengan pencen dan faedah lain persaraan bagi pegawai dan pekhidmat, tidaklah dikehendaki disiarkan dalam
Warta.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 33
Pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan
Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Lembaga dan semua ahli
Jawatankuasa Perunding Pelabuhan, Jawatankuasa Permaliman dan suatu jawatankuasa Lembaga hendaklah disifatkan sebagi pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan perlindungan daripada tanggung sendiri
Tiada apa-apa hal atau perkara yang dilakukan dan tiada apa-apa kontrak yang dibuat oleh Lembaga dan tiada apa-apa hal atau perkara yang dilakukan oleh ahli, pegawai, penjawat atau agen
Lembaga yang bertindak di bawah arahan Lembaga boleh, jika hal atau perkara itu telah dilakukan atau kontrak yang dibuat secara bona fide bagi maksud Akta ini, mengenakan ahli, pegawai, pekhidmat atau agen itu secara peribadi kepada apa-apa tindakan, tanggungan, tuntutan atau permintaan mengenainya, dan belanja yang dilakukan oleh Lembaga atau ahli, pegawai, pekhidmat atau agen itu berhubung dengannya itu hendaklah dibayar daripada wang Lembaga.
Bahagian IV
Lembaga boleh melevi caj
pendaratan, pengapalan, penyimpanan penggunaan dermaga, tongkang dan kerin bagi barang-barang, dan penggunaan vesel dan kereta kepunyaan Lembaga dan bayaran kelewatan atasnya;
pengangkutan barang-barang dengan kereta (sama ada mencari sewa atau sebaliknya);
pengangkutan penumpang, kereta, binatang dan barang-barang oleh perkhidmatan feri yang disenggara oleh
Lembaga;
penggunaan pengkalan, dermaga, dok, jeti, pier, tempat mendarat, pesisir atau harta lain yang terletak hak pada
Lembaga atau yang dikawal oleh Lembaga;
perkhidmatan yang diberi atau bahan yang dibekalkan kepada vesel atau yang digunakan oleh vesel, pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan;
penggunaan kapal tunda, apungan pemadam api dan lanca kepunyaan Lembaga atau yang disenggara oleh Lembaga;
penundaan vesel dan bantuan yang diberikan kepada vesel
(sama ada yang masuk atau meninggalkan dermaga, dok, atau pier kepunyaan Lembaga, atau sama ada di dalam atau di luar Pelabuhan);
Lembaga Pelabuhan Bintulu 35
apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Lembaga diberi kuasa untuk melevikan caj.
Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri dari semasa ke semasa meminda atau mengubah caj atau skel caj yang disebut dalam subseksyen (1).
Lembaga boleh membuat perjanjian mengenai apa-apa jua perkara yang dinyatakan dalan subseksyen (1) daripada melevikan caj mengikut caj atau skel caj yang ditetapkan itu.
Berhubung dengan apa-apa perkara yang caj atau skel caj mengenai tidak ada ditetapkan menurut subseksyen (1), Lembaga boleh melevi apa-apa caj yang difikirkannya patut.
Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri meremit kesemua atau mana-mana bahagian caj yang kena dilevi di bawah seksyen ini:
Dengan syarat bahawa Lembaga boleh menurut budi bicaranya meremit kesemua atau mana-mana bahagian kadar bagi penyimpanan atau bayaran lewat.
Menteri boleh, dalam apa-apa keadaan jika didapatinya bermanfaat, dengan memandangkan tanggungan yang kena ditunaikan oleh Lembaga, menghendaki Lembaga supaya menaikkan apa-apa caj yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan Lembaga hendaklah melaksanakan permintaan tersebut dengan sewajarnya.
Lembaga boleh mengarahkan supaya skel caj itu dicetak dan boleh, untuk pengetahuan orang ramai, mempamerkan skel itu (sama ada keseluruhan atau sebahagiannya) di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Apa-apa caj atau skel caj yang ditetapkan hendaklah disiarkan dalam Warta.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Mengemukakan memorandum bagi apa-apa perubahan kepada struktur caj yang sedia ada
Jika tiada jawapan diterima daripada Lembaga mengenai memorandum yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dalam masa enam bulan dari pengemukaannya, perubahan kepada struktur caj yang sedia ada yang terdapat di dalam memorandum hendaklah berkuat kuasa apabila tamat tempoh tersebut.
Jika jawapan diterima daripada
Lembaga mengenai memorandum yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)
menunjukkan keputusan Lembaga untuk tidak membenarkan perubahan kepada struktur caj yang sedia ada yang terdapat di dalam memorandum, mana-mana orang atau kumpulan orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga boleh, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu dibuat, merayu kepada Menteri dan keputusan
Menteri itu adalah muktamad.
Orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Akta ini atau Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990, yang mana bersesuaian, hendaklah seberapa segera yang praktik menyiarkan perubahan kepada struktur caj yang sedia ada di dalam akhbar tempatan, sekurang-kurangnya satu dalam bahasa Melayu dan satu dalam bahasa Inggeris atau bahasa Cina.
Lembaga hendaklah seberapa segera yang praktik membuat pindaan ke atas undang-undang kecil mengenai perubahan ke atas struktur caj yang sedia ada.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 37
Caj kena dibayar jika permintaan ditarik balik tanpa notis yang berpatutan
Apa-apa caj yang ditetapkan di bawah Akta ini bagi apa-apa perkhidmatan, kerja atau kemudahan adalah genap masa dan kena dibayar seolah-olah perkhidmatan, kerja atau kemudahan itu telah diberi, dilaksanakan atau diadakan, jika permintaan berkehendakkan perkhidmatan, kerja atau kemudahan itu ditarik balik atau dibatalkan tanpa notis yang berpatutan diberikan kepada Lembaga.
Mendapat caj kebelakangan
Lien yang sedemikian itu hendaklah mempunyai keutamaan mengatasi segala lien dan tuntutan lain, kecuali tuntutan mendapatkan wang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Caj berkenaan dengan barang-barang yang hendak—
apabila barang-barang didaratkan;
apabila diminta.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Mendapatkan dius permaliman
menetapkan dius permaliman yang hendaklah dibayar kepada Lembaga oleh nakhoda atau pemunya tiap-tiap vesel; dan
menentukan hal keadaan dan syarat untuk mendapatkan dius permaliman berkenaan dengan perkhidmatan seseorang malim Lembaga.
Jika sesuatu vesel yang mempunyai malim Lembaga di atasnya menunjukkan hala kepada suatu vesel lain yang tidak mempunyai malim Lembaga di atasnya, Lembaga adalah berhak mendapat dius permaliman yang penuh seolah-olah malim Lembaga telah sebenarnya berada di atas vesel yang lagi satu itu dan memalimkannya.
Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, meremit kesemua atau mana-mana bahagian dius permaliman yang dibayar.
Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri mengecualikan, mengikut apa-apa syarat yang dikenakannya, mana-mana vesel atau kelas vesel daripada apa-apa dius permaliman yang kena dibayar di bawah Akta ini.
Kuasa menjual barang-barang yang masih ada dalam jagaan
mengenai barang-barang yang suatu bil muatan terus telah dikeluarkan baginya maka tempoh dua puluh satu hari yang disebut dalam subseksyen ini hendaklah digantikan dengan tempoh empat puluh dua hari; dan
jika barang-barang itu adalah dari jenis yang tidak tahan lama maka Lembaga boleh mengarahkan supaya barang-barang itu dipindahkan dalam suatu tempoh yang lebih singkat (iaitu tidak kurang daripada dua puluh empat jam selepas mendarat) yang difikirkan patut oleh Lembaga, dan kuasa menjual barang-barang itu boleh dijalankan apabila tamat tempoh itu.
Bagi maksud subseksyen (1), sesuatu jualan tidaklah menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab jualan itu bertempat di premis ataupun di suatu kawasan di mana orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali dengan mengemukakan pas.
Sebelum menjalankan jualan itu Lembaga hendaklah memberi tiga hari notis berkenaan dengannya melalui iklan dalam dua buah akhbar tempatan yang beredar dalam Negeri Sarawak, melainkan jika barang-barang itu adalah daripada jenis tidak tahan lama yang, pada pendapat Lembaga, menyebabkannya perlu atau patut untuk menjualnya dengan segera maka jika sedemikian halnya tempoh notis yang hendak diberi itu adalah mengikut betapa terdesaknya keadaan itu.
Jika alamat mereka dapat dipastikan daripada manifes kargo atau dari apa-apa dokumen yang sampai ke tangan Lembaga atau yang diketahui selainnya, notis hendaklah juga diberikan kepada pemunya barang-barang itu dan kepada ejen vesel dari mana barang-barang itu dipunggah.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (4) hak dikehendaki untuk sama ada notis itu telah diberi atau belum lagi.
Hasil jualan itu hendaklah digunakan oleh Lembaga untuk membuat bayaran dan mengikut susunan berikut:
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
kadar, caj dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada
Lembaga berkenaan dengan barang-barang itu; dan
tambang dan lain-lain tuntutan atau lien yang mengenainya notis telah diberikan kepada Lembaga sebelum hari jualan.
Baki hasil jualan, jika ada, setelah dibuat bayaran di bawah subseksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang berhak menerimanya apabila diminta atau, jika tiada permintaan dibuat dalam tempoh satu tahun selepas barang-barang itu dijual, dibayar masuk ke dalam akaun am Lembaga, dan dengan itu semua hak orang itu terhadap hasil jualan tersebut adalah terhapus.
Kuasa untuk mengkompaun atau berkompromi tuntutan atau permintaan
Lembaga Pelabuhan Bintulu 39
Lembaga boleh mengkompaun, atau berkompromi mengenai sesuatu tuntutan atau permintaan yang dibuat terhadapnya, dengan jumlah wang yang sekian banyak atau pampasan lain yang difikirkannya cukup.
Kuasa untuk menahan harta kerana tidak membayar caj
Jika mana-mana bahagian caj atau kos menahan harta, menyita atau menahan vesel, takal, kain kapal, perabot atau lain-lain barang
Lembaga Pelabuhan Bintulu 41
yang masih belum berbayar dalam tempoh empat belas hari selepas sesuatu penahanan harta, penyitaan atau penahanan yang sedemikian itu, Lembaga boleh mengarahkan supaya vesel itu atau barang lain yang ditahan harta, disita atau ditahan sedemikian itu dijual, dan boleh mengguna hasil jualan itu bagi menjelaskan caj dan kos tersebut
(temasuk kos jualan) dan Lembaga hendaklah menyerahkan bakinya
(jika ada ) kepada nakhoda vesel itu apabila diminta.
Jika Lembaga telah memberi, kepada pegawai Kerajaan yang berkewajipan memberi kelulusan pelabuhan kepada sesuatu vesel suatu notis menunjukkan amaun yang dinyatakan dalamnya adalah kena dibayar mengenai caj (yang kena dilevi di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya) terhadap sesuatu vesel, maka pegawai itu tidak boleh memberi apa-apa jua kelulusan pelabuhan bagi vesel itu sehingga amaun yang kena dilevi itu telah dibayar.
Peruntukan seksyen ini (berhubung dengan mendapatkan caj yang tertunggak oleh Lembaga) adalah sebagai menambah dan bukannya melemahkan hak Lembaga di bawah mana-mana undang-undang lain.
Bahagian V
Batasan tanggungan Lembaga dalam perkara lain
Bagi maksud Bahagian ini, berat tan vesel itu hendaklah ditentukan daripada daftar vesel itu yang hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa berat tan kasar dan potongan daripadanya dan berat tan berdaftar adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.
Tanggungan mengenai kerja memuat atau memunggah
Lembaga tidak bertanggungan untuk mengganti rugi, tanpa kesalahan sebenar atau kalau tidak menjadi pihak yang berkaitan,—
berkenaan dengan bencana diri atau kematian yang berlaku ke atas mana-mana orang;
bagi kehilangan atau kerosakan mana-mana barang-barang, barang dagangan atau apa-apa jua benda lain, jika bencana, kematian, kehilangan atau kerosakan itu disebabkan oleh atau berbangkit daripada kerja memuat barang-barang ke dalam vesel atau memunggah barang-barang vesel atau apa-apa kerja yang bersampingan dengannya.
Barang-barang yang disimpan untuk dimuatkan ke dalam tongkang atau kapal
Apa-apa barang, barang dagangan atau lain-lain benda yang disimpan dengan Lembaga atau diletak dalam jagaan Lembaga bagi maksud dimuatkan ke dalam tongkang atau kapal hendaklah terus berada dalam jagaan atau kawalan Lembaga atas risiko dan perbelanjaan pemunya itu sendiri.
Kerugian atau kemusnahan atau kerosakan kepada barang lain daripada barang-barang pindah kapal yang disimpan dengan Lembaga
Dalam bertindak sebagai ejen di bawah subseksyen (1),
Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya tidak bertanggungjawab—
sama ada mengenai ganti rugi atau mengenai apa-apa remedi lain atas kerugian yang berlaku terhadap seseorang oleh sebab penyerahan kurang akan apa-apa barang-barang yang disimpan dengan Lembaga atau diletak dalam jagaan atau kawalan Lembaga atau apa-apa jua kegagalan dipihak
Lembaga untuk menyerah atau memberi penerangan tentang barang-barang itu; atau
atas kerosakan atau kemusnahan barang-barang itu dalam jumlah wang yang lebih daripada satu ribu ringgit bagi satu bungkusan atau unit melainkan jika jenis dan nilai barang-barang yang terkandung dalamnya telah, sebelum diserahkan kepada Lembaga, dinyatakan secara bertulis kepada Lembaga oleh orang yang menyerah atau menyebabkannya diserah, dan Lembaga tidak akan dalam apa hal sekalipun bertanggungan atas barang-barang tersebut jika nilai mana-mana barang-barang itu telah disalahnyatakan atau jika berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 39.
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 38, perbahasan “barang-barang pindah kapal” ertinya barang-barang yang didaratkan dari satu vesel dan diletakkan dalam jagaan Lembaga bagi maksud dikapalkan atas suatu vesel lain mengikut suatu bil muatan secara terus yang ditarikhkan di pelabuhan barang-barang itu dimuatkan dan yang menunjukkan bahawa destinasinya adalah melalui Pelabuhan itu dengan pelabuhan destinasi sebenar barang-barang itu ditandakan pada setiap satu bungkusan atau unit yang mengandungi barang-barang itu
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
dan dinyatakan dalam manifes pindah kapal yang diserahkan kepada
Lembaga sebelum daripada atau semasa barang-barang itu diletakkan dalam jagaannya.
Kerugian atau kemusnahan atau kerosakan kepada barang-barang pindah kapal yang disimpan dengan Lembaga
Berkenaan dengan barang-barang pindah kapal yang diserahkan oleh seseorang kepada Lembaga atau yang diletakkan oleh seseorang dalam jagaan Lembaga, Lembaga hendaklah, dari masa barang-barang itu diaku terima sehingga ia diserahkan di sisi vesel yang akan membawanya untuk dimuatkan, bertanggungan, tertakluk kepada seksyen 39, bagi kerugian, kemusnahan, atau kerosakan pada barang-barang itu:
Dengan syarat bahawa Lembaga tidak bertanggunggan atas apa-apa kerugian, kemusnahan atau kerosakan dalam jumlah wang yang lebih daripada satu ribu ringgit bagi satu bungkusan atau unit melainkan jika jenis dan nilai barang-barang yang terkandung dalamnya telah, sebelum diserahkan kepada Lembaga, dinyatakan secara bertulis kepada Lembaga, dinyatakan secara bertulis kepada Lembaga oleh orang yang menyerah atau menyebabkan diserah, dan Lembaga tidak akan bertanggungan dalam apa hal sekalipun atas barang-barang itu jika barang-barang itu telah disalahnyatakan.
Force majeure, dll
Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sempurna olehnya apa-apa tanggungan atas kerugian, kemusnahan, atau kerosakan pada mana-mana barang yang berbangkit daripada—.
kebakaran atau banjir, melainkan jika berlaku dengan kesalahan sebenar Lembaga atau dengan Lembaga tidak menjadi pihak yang berkaitan;
apa-apa perbuatan, ketinggalan atau kemungkiran di pihak pemunya atau pengangkut barang-barang itu;
mogok, tutup pintu atau penghentian kerja atau penghalangan perburuhan oleh kerana apa jua sebab, sama ada sebahagian atau secara amnya;
pembungkusan yang tidak mencukupi atau tidak sempurna, tanda-tanda yang cacat atau tidak mencukupi atau kebocoran tong, bekas atau bungkusan yang cacat;
apa-apa tanggungan yang sememangnya ada tentang kesusutan besar atau berat, kecacatan yang terpendam atau yang sememangnya ada atau kemerosotan semula jadi;
jenis berbahayanya barang-barang itu.
Pembatasan tanggungan mengenai satu kejadian
Pembatasan tanggungan di bawah Bahagian ini adalah berkenaan dengan keseluruhan sesuatu kehilangan dan kerosakan yang mungkin timbul pada mana-mana satu kejadian yang tertentu, walaupun kehilangan atau kerosakan itu mungkin dialami oleh lebih daripada
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
seorang, dan hendaklah dipakai sama ada tanggungan itu terdapat di sisi commom law atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam undang-undang bertulis itu.
Pengecualian daripada tanggungan kerana kemungkiran menjalankan bot feri sebagaimana diiklankan
Lembaga hendaklah dikecualikan daripada segala tanggungan mengenai apa-apa kehilangan atau kerosakan sama ada berbangkit daripada berubahnya masa bertolak atau masa tiba bagi mana-mana vesel feri atau oleh sebab kemungkirannya untuk menjalankan mana-mana vesel feri sebagaimana diiklankan atau langsung tidak menjalankannya.
Kuasa Mahkamah Tinggi menyatukan tuntutan
Lembaga mengenai kehilangan nyawa, bencana diri atau kehilangan atau kerosakan pada vesel, kereta api, kereta, binatang, barang-barang atau apa-apa jua benda lain, dan beberapa tuntutan dibuat atau dijangka mengenai tanggungan itu, maka Lembaga boleh memohon kepada
Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah itu boleh menentukan amaun tanggungan Lembaga dan boleh membahagikan amaun itu mengikut kadarnya antara beberapa orang pihak menuntut, dan boleh menggantung apa-apa jua pembicaraan yang belum selesai dalam mana-mana mahkamah lain berhubung dengan perkara yang sama, dan boleh meneruskan, dengan apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa kaedah, mengenai menjadikan orang yang berkepentingan sebagai pihak dalam perbicaraan itu, dan tidak memasukkan mana-mana pihak menuntut yang tidak menjadi pihak dalam masa tertentu, dan menghendaki sekuriti daripada Lembaga, dan mengenai pembayaran apa-apa kos yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 47
Tanggungan atas kerugian di bawah kontrak
Tiada apa-apa jua dalam Bahagaian ini boleh menjejaskan tanggungan Lembaga di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pampasan kepada pekerja.
Bahagian VI
Kawalan ke atas pesisir
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa mengawal penggunaan pesisir dalam Pelabuhan dan barang-barang atau kargo tidak boleh dipunggah ke seberang, ke atas atau ke bawah pesisir itu tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga atau kecuali mengikut apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Mendarat atau mengapalkan kargo ke atas pengkalan, dermaga, dsb.
Barang-barang atau kargo tidak boleh dipunggah ke seberang atau ke atas mana-mana pengkalan, dermaga, dok, pier atau tempat lain tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga atau kecuali mengikut apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
Pembinaan pengkalan, dermaga, dsb.
Seseorang yang bertindak berlawanan dengan subseksyen (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit dan jika diarah berbuat demikian hendaklah mengalihkan pembinaan atau pengubahan itu atas perbelanjaannya sendiri.
Permit untuk mengangkut barang-barang
Permit boleh diberi untuk satu atau beberapa vesel atau kepada seorang atau beberapa orang.
Seseorang yang hendak diberi permit di bawah seksyen ini hendaklah dari semasa ke semasa memberi kepada Lembaga apa-apa maklumat yang munasabah dikehendaki oleh Lembaga berhubung
Lembaga Pelabuhan Bintulu 49
dengan jenis dan amaun barang-barang dan kargo yang diangkut mengikut permit itu dalam sesuatu tempoh tertentu, dan bagi maksud ini orang itu hendaklah menyimpan rekod mengenainya.
Apa jua kegagalan yang memberi maklumat atau menyimpan rekod yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) hendaklah disifatkan sebagai suatu pelanggaran terhadap syarat permit itu.
Lembaga boleh mengecualikan daripada kehendak seksyen ini mana-mana vesel atau kelas vesel yang berat tan kasarnya kurang daripada sepuluh tan dan ia boleh juga, tanpa memberi apa-apa jua sebab, membatalkan kecualian itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menjejaskan atau mengubah suai peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pelesenan bot untuk mengangkut kargo, dan tiada satu pun permit boleh diberi di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu vesel yang dikehendaki supaya dilesen di bawah peruntukan itu melainkan jika vesel itu telah sempurna dilesenkan di bawahnya.
Rayuan
Seseorang yang terkilan disebabkan Lembaga menolak untuk memberi suatu permit di bawah Bahagian ini, atau disebabkan pembatalan atau penggantungan sesuatu permit yang telah diberi itu, boleh, tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh penolakan, pembatalan atau penggantungan itu, merayu kepada Menteri dan keputusannya adalah muktamad.
Menteri boleh menetapkan mana-mana tempat untuk digunakan sebagai pusat pemungutan kastam.
Apabila mana-mana dermaga atau bahagian premis Lembaga telah ditetapkan sedemikian Lembaga hendaklah mengasingkan dan menyenggara tempat itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri bagi kegunaan orang yang berhak memungut duti atau hasil itu.
Semua caj yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana dermaga atau bahagian premis yang diasingkan itu, atau bagi mendarat, mengapal atau menyimpan barang-barang itu hendaklah dibayar kepada Lembaga.
Gudang berlesan
pembayaran duti import yang kena dibayar bagi barang-barang yang disimpan dalam gudang berlesen itu; atau
Apabila jaminan itu telah diberi oleh Lembaga tiada apa-apa jaminan lagi akan dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan daripada mana-mana orang lain bagi maksud yang sama.
Mana-mana orang yang menjadi, atau mempunyai kuasa, pegawai hasil di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah setiap masa—
dibenarkan memeriksa buku yang disimpan berkaitan dengannya dan stok yang terkandung di dalamnya.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 51
Kuasa Lembaga untuk mengarah vesel datang ke sisi
Lembaga boleh mengarah mana-mana vesel yang belayar ke laut dalam kawasan Pelabuhan supaya datang ke sisi pengkalan, dermaga, jeti, pier atau pentas mendarat yang sesuai yang terletak hak pada
Lembaga atau berada di bawah kawalan Lembaga, bagi maksud mendarat atau pengiriman barang-barang, kargo atau membawa naik atau menurunkan penumpang:
Dengan syarat bahawa perintah yang sedemikian itu boleh dibuat hanya jika:
vesel itu belum mula mendarat barang-barang, kargo, atau menurunkan penumpang; atau
vesel itu sedang hendak mengapal barang-barang, kargo, atau membawa naik penumpang, tetapi belum mula berbuat demikian;
dan semasa membuat perintah itu Lembaga hendaklah mengambil perhatian, setakat mana yang boleh, tentang memberi kesenangan kepada vesel yang pengapal itu mengguna pengkalan, dermaga, jeti, pier atau pentas mendarat yang tertentu.
Vesel Kerajaan
Menteri boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya vesel kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri, atau dalam perkhidmatannya, dibenarkan datang ke sisi pengkalan, dermaga, jeti, pier atau pentas mendarat yang terletak hak pada Lembaga atau berada di bawah kawalan Lembaga, dengan diberi keutamaan kepadanya daripada semua vesel lain yang berada di Pelabuhan pada masa itu, dan
Lembaga hendaklah melaksanakan kehendak itu.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Bahagian VII
Mengisytiharkan daerah permaliman
Bahagian ini hendaklah dipakai bagi daerah permaliman yang diisytiharkan di bawah seksyen ini.
Vesel berat tan tertentu hendaklah menggunakan malim
Sesuatu vesel semasa sedang dijalankan dalam mana-mana kawasan Pelabuhan yang menjadi suatu daerah permaliman atau sebahagian daripadanya hendaklah disifatkan sebagai vesel yang sedang belayar dalam suatu daerah permaliman.
Lembaga hendaklah mengambil kerja malim
Tiada seorangpun boleh diambil kerja sebagai malim Lembaga dalam sesuatu daerah permaliman melainkan jika ia ada memegang
Lembaga Pelabuhan Bintulu 53
suatu lesen yang sah untuk bertindak sebagai malim dalam daerah tersebut yang dikeluarkan di bawah seksyen 59.
Kuasa Jawatankuasa Permaliman untuk melesenkan pekerja pengendali berlesen
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
terhenti sahnya jika pekerja yang kepadanya lesen itu dikeluarkan tidak lagi bekerja dengan pengendali berlesen.
Vesel hendaklah dimalimkan oleh malim Lembaga atau orang berlesen
Tiada vesel boleh dimalimkan dalam sesuatu daerah permaliman oleh seseorang selain malim Lembaga atau orang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1).
Pelantikan dan fungsi Jawatankuasa Permaliman
Jawatankuasa Permaliman bagi maksud—
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
mengadakan peperiksaan dan mengeluarkan, bagi pihak
Lembaga, lesen untuk bertindak sebagai malim Lembaga atau sebagai malim yang diambil kerja oleh pengendali berlesen;
mengadakan siasatan mengenai kelakuan malim Lembaga atau orang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1)
semasa mereka menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dan membuat syor kepada
Lembaga;
menyiasat dan memberi nasihat atas apa-apa perkara yang dirujuk kepada Jawatankuasa Permaliman oleh Lembaga;
dan
menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diberikan kepada Jawatankuasa Permaliman oleh Akta ini.
Keanggotaan Jawatankuasa Permaliman
Pelantikan seseorang ahli Jawatankuasa Permaliman adalah selama tempoh tidak melebihi tiga tahun tetapi ahli itu adalah layak dilantik semula apabila tamat tiap-tiap tempoh itu.
Tiga orang ahli Jawatankuasa Permaliman hendaklah menjadi kuoram dalam mesyuarat Jawatankuasa itu.
Pengerusi
Jawatankuasa
Permaliman hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratnya:
Dengan syarat bahawa jika pengerusi tidak hadir, maka ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk
Lembaga Pelabuhan Bintulu 55
mempengerusikan mesyuarat itu untuk mengambil tempat pengerusi itu.
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan, bilangan undi didapati sama banyak, pengerusi atau ahli yang mempengerusi mesyuarat itu mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Ahli Jawatankuasa Permaliman yang bukannya pegawai atau penjawat Lembaga apa-apa fi dan elaun yang ditentukan oleh
Lembaga.
Perenggan 1 dan 10 dalam Jadual hendaklah dipakai mutatis mutandis kepada Jawatankuasa Permaliman dan ahli-ahlinya sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga dan ahli-ahlinya.
Kaedah-kaedah berhubung dengan Jawantankuasa Permaliman
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud mengawal mesyuarat dan perjalanan
Jawatankuasa Permaliman.
Pemeriksaan untuk mendapatkan lesen untuk bertindak sebagai malim
Tertakluk kepada Bahagian ini, tiap-tiap malim yang memegang, sebelum sahaja bermula berkuatkuasanya Bahagian ini,
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
suatu lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini untuk bertindak sebagai malim hendaklah disifatkan sebagai layak untuk diambil kerja oleh Lembaga sebagai malim, dan Jawatankuasa Permaliman boleh, bagi pihak
Lembaga, mengeluarkan kepada malim itu apabila diambil kerja oleh
Lembaga, suatu lesen untuk bertindak sebagai malim Lembaga dalam suatu daerah permaliman, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Jawatankuasa Permaliman.
Tiap-tiap malim Lembaga hendaklah, bila-bila masa sahaja
Jawatankuasa Permaliman berpendapat bahawa, disebabkan syarat yang berubah atau oleh sebab apa-apa alasan lain yang mencukupi, mana-mana malim itu perlu menghadapi ujian selanjutnya tentang kelayakan am, termasuk kelayakan jasmani, dan kecekapannya, menghadirkan diri untuk diperiksa selanjutnya, dan dalam tiap-tiap kes seperti itu hendaklah terlebih dahulu menyerahkan kepada
Jawatankuasa Permaliman lesen yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tersebut bagi pihak Lembaga untuk dikembalikan atau dibatalkan oleh
Jawatankuasa tersebut bagi pihak Lembaga keputusan ujian atau pemeriksaan itu.
Lembaga tidak boleh terus mengambil kerja sebagai malim mana-mana orang yang lesennya untuk bertindak sebagai malim telah dibatalkan menurut subseksyen (3).
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini terhenti sah apabila pekerjaan malim itu dengan Lembaga ditamatkan.
Siasatan oleh Jawatankuasa Permaliman
Bagi maksud siasatan itu, Jawatankuasa Permaliman boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri sesuatu mensyuaratnya untuk memberi keterangan bersumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau lain-lain benda yang ada dalam miliknya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya berhubung dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan itu.
Seseorang yang—
dipanggil supaya menghadiri mana-mana siasatan itu, gagal berbuat sedemikian;
menunjukkan perbuatan tidak hormat atau apa-apa perbuatan menghina atau mengancam Jawatankuasa
Permaliman atau mana-mana ahli Jawatankuasa semasa berlangsungnya sesuatu siasatan; atau
dikehendaki oleh Jawatankuasa Permaliman supaya memberi keterangan bersumpah atau pengakuan atau supaya mengemukakan dokumen atau lain-lain benda, enggan berbuat sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi daripada *dua ribu ringgit.
Pengemukaan pendapat dan syor Jawatankuasa Permaliman kepada Lembaga
Lembaga Pelabuhan Bintulu 57
Lembaga boleh, selepas menimbang pendapat dan syor
Jawatankuasa Permaliman, menggantung atau membatalkan lesen malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah 55A(1) itu atau mengenakan apa-apa hukuman lain yang difikirkan patut oleh
Lembaga.
Seseorang malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu dibuat, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Tanggungan nakhoda atau pemunya mengenai vesel yang menggunakan perkhidmatan malim
Nakhoda atau pemunya sesuatu vesel yang belayar dalam keadaan yang baginya perkhidmatan malim adalah diwajibkan hendaklah bertanggungan atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh vesel itu atau oleh sesuatu kesilapan pelayaran vesel itu sama seperti ia bertanggungan jika perkhidmatan malim tidak diwajibkan.
Batasan tanggungan malim Lembaga apabila bon diberi
Tiap-tiap malim Lembaga hendaklah mengaku janji akan memberi bon bagi faedah Lembaga sebanyak jumlah wang yang dianggap berpatutan oleh Lembaga bagi menunaikan tugasnya dengan sempurna di bawah Bahagian ini dan mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini.
Sesuatu bon yang diberi oleh malim Lembaga mengikut seksyen ini tidak dikenakan duti setem.
Jika sesuatu tindakan diambil terhadap malim Lembaga kerana apa-apa kecuaian, tidak cekap atau ketidakupayaan memegang jawatan yang berkenaan dengan tanggungannya adalah terbatas sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini, dan tuntutan lain dibuat berkenaan dengan kecuaian, tidak cekap atau ketakupayaan memegang jawatan yang sama, mahkamah di mana perbicaraan itu dibawa boleh—
menentukan amaun tanggungan malim itu dan, apabila dibayar amaun itu kepada mahkamah, membahagi amaun itu mengikut kadar di antara beberapa orang pihak menuntut;
menangguhkan apa-apa jua perbicaraan yang belum selesai dalam mana-mana mahkamah lain berhubung dengan perkara yang sama; dan
meneruskan dengan apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa arahan mengenai menjadikan orang yang berkepentingan sebagai pihak dalam perbicaraan dan tidak memasukkan mana-mana pihak menuntut yang belum lagi mengemukakan tuntutannya dalam masa tertentu, dan mengenai menghendaki sekuriti dari malim itu dan pembayaran apa-apa kos sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Jawatankuasa Permaliman dan Lembaga tidak bertanggungan atas kerugian atau kerosakan disebabkan oleh malim
Lembaga Pelabuhan Bintulu 59
Seseorang malim Lembaga semasa menjalankan apa-apa tugas permaliman hendaklah, walaupun ia diambil kerja dengan bergaji oleh
Lembaga, disifatkan hanya sebagai penjawat nakhoda atau pemunya vesel yang sedang mengguna perkhidmatan malim dan Lembaga tidaklah bertanggungan atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan, ketinggalan atau kemungkiran di pihak malim itu.
Perbicaraan terus
Sesuatu mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, minta dua orang ahli Jawatankuasa Permaliman bersidang bersama-samanya sebagai pengapit dalam mana-mana perbicaraan yang menyentuh malim Lembaga di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.
Undang-undang kecil yang mengawal permaliman dan kelakuan malim
Lembaga boleh, semasa membuat undang-undang kecil di bawah seksyen ini, memperuntukkan bahawa pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang kecil adalah menjadi satu kesalahan dan
Lembaga Pelabuhan Bintulu 61
boleh menetapkan dengan tidak melebihi *lima ribu ringgit bagi mana-mana satu kesalahan.
BAHAGIAN VIIA
PELUASAN FUNGSI, DSB.,
LEMBAGA PELABUHAN KEPADA PELABUHAN LAIN
Kuasa Menteri memperluaskan fungsi Lembaga kepada pelabuhan lain
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa Lembaga hendaklah, dalam menjalankan pentadbiran pelabuhan yang kepadanya kawalan
Lembaga diperluaskan, memasukkan di kalangan ahlinya mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu sama ada melalui nama atau jawatan.
Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai lembaga pelabuhan berkenaan dengan pelabuhan yang disebutkan dalam perintah itu seolah-olah ia adalah suatu lembaga pelabuhan yang ditubuhkan berkenaan dengan pelabuhan itu di bawah Akta ini dan hendaklah dalam menjalankan fungsi-fungsinya digelar dengan nama yang diperuntukkan dalam perintah itu.
*CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992
[Akta A831].
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Lembaga dalam menjalankan fungsinya yang diperluaskan hendaklah disifatkan sebagai lembaga pelabuhan yang bebas
Lembaga dalam menjalankan fungsinya berkenaan dengan pelabuhan yang kepadanya fungsi itu diperluaskan hendaklah menjalankannya seolah-olah ia adalah suatu lembaga pelabuhan yang bebas yang ditubuhkan berkenaan dengan pelabuhan itu.
Kuasa Menteri membuat peruntukan bagi Lembaga menjalankan fungsinya
Perintah Menteri di bawah seksyen 66A boleh mengandungi segala peruntukan yang dianggap oleh Menteri sebagai perlu untuk membolehkan Lembaga menjalankan fungsinya berhubungan dengan pelabuhan yang kepadanya fungsi itu diperluaskan.
Tafsiran
Persekutuan atau tempat yang diisytiharkan sebagai pelabuhan
Persekutuan oleh undang-undang Persekutuan.
Bahagian VIII
mengawal selia, mengisytihar dan menentukan dermaga, dok, pier dan tempat-tempat yang terletak hak pada
Lembaga atau berada di bawah kawalan Lembaga, yang ke
Lembaga Pelabuhan Bintulu 63
atasnya barang-barang boleh didaratkan atau darinya barang-barang boleh dikapalkan ke dalam vesel ;
mengawal selia cara bagaimana, dan syarat-syarat bagi menjalankan pemuatan dan pemunggahan barang-barang dari vesel dan bagi mengubah kedudukan vesel yang sedang memuat dan memunggah;
mengawal selia penggunaan yang selamat dan mudah akan dok, dermaga, pier, tempat mendarat, gudang, syed dan premis, yang terletak hak pada Lembaga atau berada di bawah kawalan
Lembaga, dan akan mana-mana perkihdmatan feri yang disenggara oleh Lembaga;
mengawal selia penerimaan, penyimpaan dan pemindahan barang-barang di dalam dan dari premis Lembaga, dan menetapkan tatacara yang hendak diikuti untuk menjaga barang-barang yang telah rosak sebelum didaratkan atau yang dikatakan telah rosak;
menetapkan cara menyelesaikan pembayaran kadar dan caj yang kena dilevi di bawah Akta ini, memudahkan pemungutannya dan mencegah pengelakannya;
menjaga kebersihan lembangan, kerja-kerja dan premis
Lembaga dan perairan yang bersempadanan dengannya, dan mencegah minyak, kotoran dan sampah sarap dari dibuang ke atasnya atau dari memasuki ke dalamnya;
menghadkan tanggungan Lembaga mengenai apa-apa kerugian, kerosakan atau bencana kepada mana-mana orang yang berlaku tanpa kesalahan sebenar Lembaga atau tanpa pengetahuan Lembaga (sama ada dalam vesel yang dikendali atau disenggara oleh Lembaga atau mana-mana dermaga pengkalan atau bahagian lain Pelabuhan);
mengawal selia urusan pengangkutan, pemuatan dan pemunggahan barang-barang berbahaya;
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
mengawal selia pengeluaran dan pindah milik lesen dan menetapkan fi yang kena dibayar berhubung dengannya;
(ia) menetapkan tatacara berkenaan dengan apa-apa tender atau kontrak yang mesti diikuti oleh Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Lembaga;
(ib)
mengawal kemudahan untuk menyadaikan vesel dan menetapkan fi yang kena dibayar berkenaan dengannya;
Mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subseksyen (1)(h) boleh—
menetapkan notis yang dikehendaki diberi oleh kapal dan bot yang mengangkut, memuat atau memunggah barang-barang bahaya;
mengawal pelayaran dan tempat tambatan bagi kapal dan bot yang membawa barang-barang bahaya;
melarang atau mengawal pengangkutan barang-barang berbahaya dalam kapal, bot, kereta api penumpang atau dalam apa-apa jenis kereta bersama-sama dengan apa-apa jenis barang-barang berbahaya, benda atau bahan lain;
mengawal pengangkutan, pemuatan dan pemunggahan barang-barang berbahaya dan menetap cara mengemas dan menyimpan barang-barang itu atas kapal, bot atau di mana-mana premis;
melarang pemuatan dan pemunggahan dalam hal-hal di mana pemuatan atau pemunggahan itu mengenai barang-Lembaga Pelabuhan Bintulu 65
barang berbahaya yang didapati benar-benar berbahaya kepada orang ramai, dan menetapkan tempat dan masa di mana apa jua barang-barang berbahaya itu hendak dimuat atau dipunggah dan kuantitinya yang hendak dimuat atau dipunggah atau diangkut pada satu masa atau dalam satu kapal, bot atau kereta;
menetapkan cara dan langkah-langkah awasan yang hendak dipatuhi semasa mengangkut atau menyimpan barang-barang berbahaya, dan mengawal pemuatan atau pemunggahan barang-barang sesuatu kapal, bot atau kereta yang mengangkut barang-barang itu;
menetapkan waktu bila lampu atau api dibenar atau dilarang dipasangkan di atas kapal atau bot yang mengangkut atau menyimpan barang-barang berbahaya;
dan
pada amnya membuat peruntukan bagi keselamatan orang dan harta daripada rosak.
Lembaga boleh dalam undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini memperuntukkan bahawa pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang kecil adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan sebagai penalti—
denda selanjutnya tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Lembaga boleh menyebabkan supaya mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini dicetak dan boleh, bagi pengetahuan orang ramai, mempamerkan undang-undang kecil itu
(sama ada keseluruhan atau sebahagiannya) di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Bahagian IX
Keengganan atau kecuaian hadir di hadapan Ketua Audit Negara atau mengemukakan buku-buku untuk pemeriksaan
menghendaki supaya dikemukakan di hadapannya semua buku, surat ikatan, kontrak, baucar dan semua dokumen dan kertas lain yang difikirkannya perlu;
menghendaki mana-mana orang yang memegang atau bertanggungjawab memberi penerangan atas apa-apa buku, surat ikatan, kontrak, baucar, dokumen atau kertas itu supaya hadir di hadapannya pada masa berjalannya audit dan pemeriksaan itu atau pada masa penangguhannya, dan supaya membuat dan menandatangani suatu akaun berkenaan dengannya itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa jua kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau yang tidak mengemukakan apa-apa buku akaun kepada mana-mana orang yang berhak memeriksanya adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit.
Penalti kerana melarikan kadar atau caj
Ketua Audit Negara boleh melalui notis secara bertulis—
Nakhoda atau pemunya sesuatu vesel, atau pemunya, konsainor atau konsaini apa-apa barang-barang yang diimport ke dalam pelabuhan atau dieksport ke luar pelabuhan, yang dengan apa-apa cara mengelak atau melarikan atau cuba mengelak atau melarikan, atau cuai atau tidak membayar, mana-mana kadar atau caj yang kena dilevi di bawah Akta ini, hendaklah membayar kepada Lembaga berupa ganti rugi sebagai tambahan apa-apa kadar atau caj sedemikian itu, sejumlah
Lembaga Pelabuhan Bintulu 67
wang yang sama banyaknya dengan kadar atau caj yang dielak atau dilarikan, atau cuai atau tidak dibayar, dan ia adalah juga melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.
Senarai semua barang-barang yang diimport atau dieksport hendaklah ditinggalkan di pejabat Lembaga
berat kasar atau ukuran, tanda, bilangan dan kandungan tiap-tiap satu bungkusan; dan
nama konsaini mengikut bil muatan atau nama orang yang sebenarnya membayar tambang barang-barang itu.
Seseorang pemunya, nakhoda atau agen yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.
Pemunya, pencatar, konsainor, agen atau orang lain yang bertindak memuat dan memunggah tiap-tiap vesel pengeksport hendaklah menyediakan suatu senarai yang lengkap dan tepat atau manifes semua barang-barang yang dieksport oleh vesel itu daripada bil muatan dan senarai tambangnya, dan hendaklah menandatangani dan meninggalkan di pejabat Lembaga dalam tempoh empat belas hari selepas vesel itu belayar dari Pelabuhan itu, satu transkrip yang betul
*CATATAN— Sebelum ini “lima ratus ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992
[Akta A831].
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
mengenai senarai atau manifes itu yang menyatakan di dalamnya nama beberapa orang pengapal barang-barang itu mengikut bil muatan.
Seseorang pemunya, pencatar, konsainor, agen atau orang lain yang tidak mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.
Penalti meliputi juga prinsipal dan penjawat
Semua penalti yang dikenakan oleh seksyen 69 atau 70 hendaklah meliputi—
yang olehnya atau baginya, atau bagi keuntungan atau faedahnya, pembayaran sedemikian itu telah dielakkan, dilarikan dicuaikan atau tidak dibayar;
atau
yang olehnya senarai, manifes dan transkip itu telah tidak dibuat, ditandatangani, dideposit dan ditinggalkan; dan
kepada mana-mana kerani dan pekhidmat kepada prinsipal yang diambil kira atau bertindak dalam rumah perniagaan itu.
Penalti kerana mengingkari perintah penguasa dermaga
Jika nakhoda vesel yang telah selesai memuat atau memunggah atau sedang menunggu kargo atau balast tidak mematuhi notis yang diberi kepadanya atau kepada pegawai yang bertanggungjawab atas vesel itu oleh penguasa dermaga yang mengarahkan bahawa vesel itu hendaklah meninggalkan dermaga itu, nakhoda atau pemunya vesel itu hendaklah, sebagai tambahan kepada denda, dikenakan membayar sejumlah wang (sebagai ganti rosak) yang ditaksir mengikut kadar satu perempat sen bagi satu tan berdaftar secara kasar bagi tiap-tiap satu jam vesel itu berada di dermaga selepas tamatnya masa bertolak yang dikehendaki menurut notis itu.
Penalti kerana menggendalakan atau menghalang mana-mana ahli, pegawai atau penjawat Lembaga
Mana-mana orang yang menggendalakan atau menghalang mana-mana ahli, pegawai atau penjawat
Lembaga dalam melaksanakan atau menjalankan kewajipannya atau dalam melakukan apa-apa jua perkara yang ia diberi kuasa atau dikehendaki melakukannya menurut kuasa atau berbangkit daripada Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Penalti kerana tidak sentiasa memuatkan vesel dengan balast atau selainnya supaya boleh dipindahkan dengan selamat
Nakhoda atau pemunya vesel yang melanggar subseksyen (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.
Kuasa Pengurus Besar atau orang yang diberi kuasa memerintahkan supaya menenggelamkan atau memindahkan vesel jika berlaku kebakaran
Jika perintah-perintah yang diberi menurut subseksyen (1)
tidak dijalankan dengan serta merta oleh nakhoda vesel itu, Pengurus
Besar atau orang yang diberi kuasa olehnya boleh dengan sendirinya terus menguatkuasakan perintah-perintah itu.
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dituntut dari nakhoda atau pemunya vesel yang berkenaan seolah-olah ianya sesuatu denda dan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Kanun
Tatacara Jenayah atau sebagai hutang awam.
*CATATAN— Sebelum ini “satu ribu ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992
[Akta A831].
Lembaga Pelabuhan Bintulu 71
Menaiki vesel apabila kesalahan disyaki berlaku
Pengurus Besar atau mana-mana orang sebagaimana yang diberi kuasa olehnya boleh, dalam menjalankan kuasa dan melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (1), menyita apa-apa artikel, dokumen atau benda yang dia mempunyai alasan munasabah untuk percaya telah digunakan untuk melakukan, atau ialah hal perkara, atau diperlukan bagi maksud penyiasatan dan pendakwaan, sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.
Nakhoda vesel itu yang, tanpa sebab yang sah, enggan membenarkan seseorang menaiki vesel itu menurut subseksyen (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ribu ringgit.
Penalti kerana menggaji malim yang lain daripada malim
Lembaga
Nakhoda atau pemunya vesel yang memasuki atau sedang berada dalam daerah permaliman yang dengan diketahuinya, menggaji sebagai malim seseorang yang bukan malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.
Bagi maksud seksyen ini, seseorang malim Lembaga yang bertindak di luar kawasan daerah pemaliman yang baginya ia diberi lesen atau melanggar apa-apa syarat yang dikenakan dalam lesennya hendaklah disifatkan sebagai bukan malim Lembaga.
Seseorang boleh, tanpa menjadikan dirinya atau majikannya tertakluk kepada apa-apa penalti, bertindak sebagai malim sesuatu vesel yang memasuki atau meninggalkan sesuatu daerah pemaliman apabila vesel itu berada dalam kesusahan atau dalam hal-hal keadaan yang menyebabkan perlu bagi nakhoda mendapatkan bantuan seelok-eloknya yang boleh didapati pada ketika itu.
Menerima atau menawar kadar-kadar permaliman yang tidak berpatutan
Seseorang malim atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) nakhoda, pemunya atau ejen yang bertindak berlawanan dengan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus
*CATATAN— Sebelum ini “satu ribu ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992
[Akta A831].
Lembaga Pelabuhan Bintulu 73
ringgit dan lesen malim itu boleh digantung atau dibatalkan oleh
Lembaga.
Kesalahan oleh malim Lembaga
dengan apa-apa cara secara langsung atau secara tidak langsung bersangkut-paut dengan apa-apa perbuatan rasuah berkaitan dengan vesel, takal, perabot, kargo, anak kapal atau penumpang, atau dengan orang yang terkandas di laut atau kerana kapal pecah atau dengan wang, barang atau harta benda mereka;
enggan atau bersengaja melambat-lambatkan, apabila tidak terhalang oleh sakit atau lain-lain sebab yang munasabah, untuk memalimkan vesel di dalam kawasan daerah permaliman yang baginya ia diberi lesen oleh Lembaga apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai atau penjawat Lembaga yang diberi kuasa dengan sempurnanya bagi maksud itu; atau
meninggalkan vesel yang sedang dimalimkannya tanpa persetujuan nakhoda, sebelum sempurna perkhidmatan yang ia telah ditugaskan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Seseorang yang menyebabkan, membantu, bersubahat atau membiarkan berlakunya sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.
Seseorang malim Lembaga yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, atau menyebabkan, membantu, bersubahat atau membiarkan berlakunya sesuatu kesalahan yang sedemikian itu boleh, apabila disabitkan, digantung atau dibuang kerja oleh Lembaga.
Seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, atau menyebabkan, membantu, bersubahat dengan, atau membiarkan berlakunya sesuatu kesalahan yang demikian itu, apabila disabitkan, boleh digantung atau dibatalkan lesennya.
Penalti ke atas malim yang menyebabkan bahaya kepada kapal, nyawa atau anggota badan
Seseorang malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) yang, apabila ditugaskan untuk memalimkan sesuatu vesel, dengan bersengaja melanggar kewajipan atau dengan cuai atau oleh sebab mabuk—
melakukan apa-apa perbuatan yang bermaksud menyebabkan dengan serta-merta kerugian, kemusnahan atau kerosakan teruk pada vesel, atau yang bermaksud menyebabkan bahaya dengan serta merta kepada nyawa atau anggota badan yang mana-mana orang yang berada di atas vesel; atau
enggan atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan sah yang sepatut dan perlu dilakukan olehnya untuk menjaga vesel itu daripada kerugian, kemusnahan atau kerosakan teruk, atau menjaga keselamatan diri orang yang bekerja dalam vesel itu yang berada di atasnya dari bahaya terhadap nyawa dan anggota badan,
Lembaga Pelabuhan Bintulu 75
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh juga apabila disabitkan, dikenakan gantung atau dibuang kerja oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa tiada seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) boleh dibuang kerja oleh Lembaga.
Kegagalan mengambil kerja malim Lembaga atau malim berlesen di bawah hal-hal keadaan yang tertentu
Apabila didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (1), Mahkamah yang mendapati nakhoda, pemunya atau ejen vesel itu bersalah hendaklah memerintahkan supaya nakhoda, pemunya atau ejen itu membayar kepada Lembaga amaun yang diperakui oleh akauntan Lembaga sebagai amaun dius dan kadar yang akan kena dibayar kepada Lembaga jika vesel itu telah dimalimkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini dan amaun ini hendaklah didapatkan mengikut cara yang sama seperti denda.
Penalti kerana maklumat palsu tentang paras benaman air
Nakhoda vesel—
yang memasuki atau meninggalkan sesuatu dok; atau 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
yang bercadang hendak memasuki atau meninggalkan sesuatu dok, atau hendak datang ke sisi atau belayar dalam sesuatu dermaga, yang memberi maklumat palsu berhubung dengan paras benaman air vesel itu kepada pegawai Lembaga yang menjadi tugasnya untuk menentukan kuasa tahan air itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.
Penalti kerana memberi pernyataan palsu dalam penyata
Mana-mana orang yang membuat suatu pernyataan palsu mengenai sesuatu perkara matan dalam penyata tuntutan permohonan, akuan atau lain-lain dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan supaya dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima ribu ringgit.
Penalti kerana membuang balast, dsb. ke dalam dok
Mana-mana orang yang mencampak atau membuang ke dalam dok apa-apa balast, sampah, habuk, abu, batu atau lain-lain sampah sarap atau benda, atau melakukan sesuatu perbuatan untuk memudaratkan apa jua kerja Lembaga, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Lembaga hendaklah mendapatkan perbelanjaan yang dilakukan bagi perbuatan yang dilakukan menurut arahan yang sah
Kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) termasuk kuasa untuk menggaji dan mengambil kerja mana-mana orang yang perlu dan patut untuk membaiki apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh keengganan atau kecuaian orang yang kepadanya arahan itu telah diberikan.
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh didapatkan sebagai hutang sivil daripada orang yang kepadanya arahan itu telah diberikan.
Penalti Am
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, jika tiada apa-apa penalti ditetapkan baginya, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Penalti kerana melanggar seksyen 44 atau 45
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai disifatkan bersalah
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan (sama ada pertubuhan perbadanan itu telah didakwa atau tidak) tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan olehnya memandangkan jenis fungsinya dalam jawatan itu dan memandangkan semua hal keadaan kes itu.
Pengelakan daripada membayar kadar atau caj tidak melepaskan tanggungan dengan bayaran diterima kemudiannya
Pembayaran apa-apa kadar atau caj yang diberi kepada Lembaga atau yang diterima olehnya yang mana pembayarannya telah dielakkan atau tidak dibuat dahulunya tidak membebas atau melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa tanggungan kerana ganti rosak atau penalti yang diperuntukan di bawah Akta ini, berikutan dengan pengelakan atau tidak buat bayaran itu.
Mendapatkan ganti rugi kerana bencana yang berlaku terhadap harta Lembaga
Bagi maksud-maksud subseksyen (1), Lembaga boleh menahan vesel sehingga—
suatu deposit yang sama banyak amaunnya dengan tuntutan atau permintaan yang dibuat oleh Lembaga mengikut anggaran amaun untuk membaiki kerosakan itu telah dibuat oleh nakhoda atau pemunya vesel itu; atau
sekuriti diberi atas pembayaran kesemuanya amaun untuk membaiki kerosakan itu.
Jika deposit telah dibuat, Lembaga hendaklah menerima dan menyimpan deposit itu sehingga setakat kerosakan itu dan amaun membaiki kerosakan itu telah ditentukan oleh Lembaga dan dibayar kepadanya oleh nakhoda atau pemunya itu.
Tiap-tiap deposit yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah dianggap sebagai telah dibuat sebagai pembayaran bagi menjelaskan atau pembayaran terhadap tuntutan atau permintaan yang disebut dalam subseksyen (1), melainkan jika notis mempertikaikan tuntutan itu diberikan kepada Lembaga dalam tempoh tujuh hari setelah deposit itu dibuat.
Setelah tamat tempoh tujuh hari selepas deposit itu dibuat,
Lembaga boleh melainkan jika—
sementara itu notis telah diberi kepadanya menyatakan bahawa tuntutan itu dipertikaikan; atau
amaun untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh vesel itu telah dibayar terlebih dahulu, menggunakan deposit itu atau sebahagian yang mencukupi daripadanya bagi membaiki kerosakan itu dan Lembaga hendaklah mengembalikan bakinya, jika ada, kepada nakhoda atau pemunya itu.
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Tiap-tiap notis yang menyatakan bahawa sesuatu tuntutan itu dipertikaikan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi nama dan alamat seseorang di dalam Malaysia, yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak nakhoda atau pemunya berkenaan dengan tuntutan itu.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, penyampaian apa-apa dokumen atau proses undang-undang kepada orang yang diberi kuasa untuk bertindak di bawah subseksyen (6) hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang memadai kepada nakhoda atau pemunya itu bagi segala maksud.
Kesalahan boleh dibicarakan oleh Mahkamah Majistret
Lembaga Pelabuhan Bintulu 79
Apa jua kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh dibicarakan oleh
Mahakamah Majistret Kelas Satu dan, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Majistret itu boleh mengenakan penalti sepenuhnya yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Tahan harta jika sekiranya tidak bayar ganti rugi atau kos
Mahkamah boleh memerintah seseorang yang terhadapnya suatu waran tahan harta telah dilevi di bawah seksyen ini supaya dijaga dengan selamat sehingga ditetapkan tarikh waran itu dikemukakan, melainkan jika orang itu memberi sekuriti dengan cara sanggupan atau cara lain atas kehadirannya di hadapan mahkamah pada hari yang ditetapkan untuk dikemukakan.
Jika mahkamah dapati bahawa mengikut pengakuan orang yang berkenaan atau selainnya, tiada apa-apa tahan harta yang
Lembaga Pelabuhan Bintulu 81
mencukupi boleh dilakukan dalam bidang kuasanya bagi tujuan mendapatkan ganti rugi atau kos yang diaward kepada Lembaga di bawah seksyen ini mahkamah hendaklah mempenjarakan pesalah itu selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan melainkan jika ganti rugi atau kos itu dibayar dan dijelaskan terlebih dahulu.
Had tempoh pendakwaan
Tiada apa-apa pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh dimulakan selepas tiga tahun dari tarikh terzahir berlakunya kesalahan itu.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
Pengurus
Besar boleh, mengikut budi bicaranya, mengkompaun kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)
dengan menerima sejumlah wang yang tidak lebih daripada lima ratus ringgit daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu.
Menteri boleh, melalui perintah yang sama yang dibuat di bawah subseksyen (1), menetapkan cara dan tatacara untuk mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.
Penyampaian saman kepada syarikat
Penyampaian saman di tempat urusan biasa firma atau syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang memadai.
Menjalankan pendakwaan
Tanpa menyentuh peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pengerusi bagi maksud itu.
BAHAGIAN IXA
KUASA-KUASA KHAS
Kuasa khas semasa darurat
mengambil milikan sementara ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan yang ditubuhkan, disenggarakan atau dikerjakan oleh mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta ini; atau
menarik balik sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan daripada mana-mana orang atau kumpulan orang atau daripada orang ramai.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 83
Jika apa-apa keraguan timbul ke atas kewujudan darurat awam atau sama ada apa-apa perbuatan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
adalah bagi kepentingan keselamatan awam, sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan dipamerkan di tempat tertentu yang pada pendapat Menteri adalah sesuai hendaklah menjadi bukti muktamad ke atas perkara tersebut.
Jika Kerajaan mengambil milikan ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan di bawah subseksyen (1)(a)
pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar.
Bahagian X
Memindahkan tanggungjawab dsb.
daripada
Kerajaan
Persekutuan kepada Lembaga
Atas pemindahan sedemikian itu, segala hutang, tanggungan dan kewajipan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah
Akta itu sebagaimana dinyatakan oleh Menteri dengan persetujuan
Menteri Kewangan, dengan perintah dalam Warta hendaklah dipindahkan kepada Lembaga dan disifatkan sebagai telah dilakukan oleh Lembaga.
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Menteri boleh melantik orang secara sementara bagi maksud
Akta ini
Orang itu boleh diambil tugas atau diambil kerja atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan mereka hendaklah terhenti daripada diambil tugas atau diambil kerja sedemikian dengan tertubuhnya Lembaga tetapi tidaklah menjejaskan orang itu daripada dipertimbangkan untuk memegang jawatan dan pekerjaan seterusnya sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 21.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 85
JADUAL
[Seksyen 4 (6)]
Orang yang hilang kelayakan untuk dilantik sebagai ahli Lembaga
1. Orang yang berikut adalah hilang kelayakan untuk dilantik sebagai ahli atau daripada menjadi ahli Lembaga:
(a)
seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berdaya melaksanakan kewajipannya;
(b)
Seorang bankrap;
(c)
Seseorang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun atau lebih.
Ahli hendaklah memegang jawatan selama satu tahun
2. (1)
Ahli (selain daripada Pengerusi dan Pengurus Besar) Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletak jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama satu tahun dan adalah dilantik semula.
(2)
Ahli Lembaga hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya jika dia tidak berada dalam Malaysia selama tempoh lebih daripada tiga bulan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis daripada Menteri.
Pengerusi dan tiga orang ahli menjadi korum
3. (1)
Pengerusi, atau mana-mana ahli yang mempengerusikan mesyuarat dalam masa ketiadaan Pengerusi, dan tiga orang ahli lain adalah menjadi suatu kuorum dalam mesyuarat Lembaga.
(2)
Dalam masa ketiadaan Pengerusi, Pengerusi sementara dan, dalam masa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan sesuatu mesyuarat
Lembaga dan, dalam masa ketiadaan ketiga-tiga ahli itu, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang dari kalangan mereka untuk mempengerusikannya dan ahli itu boleh menjalankan segala kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.
Pengerusi mempunyai undi pemutus
4. (1)
Jika mengenai sesuatu soal yang hendak diputuskan, bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi adalah berhak memberi undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
(2)
Jika Pengerusi itu adalah juga Pengurus Besar, ia tidak boleh mengundi atas sifat dirinya sebagai Pengurus Besar.
Lembaga menentukan tatacara
5. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya.
Lembaga boleh melantik jawatankuasa
6. (1)
Lembaga boleh melantik jawatankuasa daripada ahli-ahlinya, dengan atau tanpa orang lain, sebagaimana yang ditentukannya.
(2)
Mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian itu hendaklah menepati arahan yang dari semasa ke semasa diberikan kepadanya oleh Lembaga, dan
Lembaga boleh pada bila-bila masa menamatkan atau mengubah keanggotaan jawantakuasa itu.
(3)
Tertakluk kepada Akta ini dan kepada apa-apa arahan Lembaga, korum dan tatacara sesuatu jawatankuasa hendaklah ditentukan oleh jawatankuasa itu.
Perwakilan
7. Tertakluk kepada arahan dan kawalannya, Lembaga boleh mewakilkan penjalanan mana-mana fungsi dan kuasanya di bawah Akta ini kepada mana-mana ahli atau pegawainya atau kepada mana-mana jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan orang sebagaimana yang difikirkannya patut.
Meterai Lembaga
8. (1)
Meterai biasa Lembaga hendaklah mengandungi sesuatu cap sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah atau dibaharui sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2)
Sehingga suatu meterai diluluskan oleh Lembaga, suatu cap mengandungi perihal “Lembaga Pelabuhan Bintulu” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai Meterai.
(3)
Meterai atau cap di bawah subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan olehnya dan seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis untuk bertindak bagi maksud itu, dan semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai atau cap yang disahkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:
Lembaga Pelabuhan Bintulu 87
Dengan syarat bahawa sesuatu dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara demikian itu oleh Lembaga; dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau penjawatnya yang diberi kuasa bertulis secara am atau secara khas untuk bertindak sedemikian.
(4)
Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Elaun kepada ahli-ahli
9. Apa-apa elaun bolehlah dibayar kepada mana-mana ahli Lembaga daripada kumpulan wangnya termasuk elaun perjalanan dan sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Pengisytiharan syer atau kepentingan, dan hilang kelayakan
10. (1) Seseorang ahli Lembaga atau jawatankuasa yang mempunyai atau memperoleh, secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya atau melalui pekongsi atau ajennya—
(a)
apa-apa syer atau kepentingan
dalam kontrak atau perkiraan yang dibuat dengan Lembaga;
dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Lembaga; atau
dalam syarikat, firma atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat kontrak atau perkiraan; atau
(b)
apa-apa kepentingan berfaedah dalam harta tak alih yang dicadang hendak dibeli atau selainnya diperoleh, atau dipajak atau selainnya diuruskan, oleh Lembaga, hendaklah menyatakan jenis dan takat syer atau kepentingan kepada Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana yang berkenaan.
(2)
Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang ahli di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat di mesyuarat Lembaga atau jawantankuasa di mana suatu persoalan berhubung dengan kontrak, perkiraan, kerja, pembelian atau pemerolehan lain atau pajakan atau urusan lain mula-mula dipertimbangkan atau dengan seawal peluang setelah pemerolehan syer atau kepentingan itu.
(ii)
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
(3)
Bagi maksud perenggan ini, notis yang diberi kepada ahli-ahli lain oleh seorang ahli yang bermaksud bahawa dia mempunyai syer atau kepentingan seperti yang dinyatakan dalam subperenggan (1) dan dia dianggap sebagai menaruh minat dalam kontrak, perkiraan, kerja, pembelian atau pemerolehan lain, atau pajakan atau urusan lain yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan, atau dikehendaki dijalankan oleh, pemunya syarikat, firma atau pengusahaan yang cukup yang berhubungan dengannya:
Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah mempunyai kesan melainkan jika diberi di mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa atau ahli yang berkenaan itu mengambil langkah yang munasabah untuk mempastikan yang notis itu akan dibawa dan dibaca di mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang kemudiannya setelah notis itu diberikan.
(4)
Tiap-tiap penyataan yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat di mana penyataan itu dibuat atau dibacakan dan tidaklah mempunyai apa-apa kesan sehingga ia direkodkan sedemikian.
(5)
Seseorang ahli tidak boleh mengundi atas apa-apa usul atau soal berhubung dengan apa-apa kontrak, perkiraan, kerja, pembelian atau pemerolehan lain atau pemajakan atau urusan lain yang dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada dia telah menyatakan hal atau tidak, dan juga dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan (kecuali jika dipelawa oleh Lembaga atau jawatankuasa) atau keputusan berhubung dengannya, dan jika dia berbuat demikian undinya tidak boleh diambil kira, dan juga dia tidak boleh diambil kira dalam korum yang hadir di mesyuarat itu bagi maksud usul atau persoalan itu.
(6)
Seseorang ahli tidak disifatkan mempunyai syer atau kepentingan di bawah perenggan ini semata-mata oleh sebab dia menjadi seorang pemegang syer dalam syarikat yang dengannya dicadangkan bahawa Lembaga patut membuat kontrak atau perkiraan melainkan jika dia mempunyai kepentingan kawalan dalam syarikat itu.
(7)
Seseorang ahli yang melanggar mana-mana peruntukan perenggan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
89
Akta 243
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A680 Akta Lembaga 28-06-1991
Pelabuhan Bintulu
(Pindaan) 1987
Akta 422
Akta Pelabuhan-Pelabuhan
(Penswastaan) 1990 02-04-1990
Akta A831 Akta Lembaga 15-11-1992
Pelabuhan Bintulu
(Pindaan) 1992
Akta A937 Akta Lembaga 10-11-1995
Pelabuhan Bintulu
(Pindaan) 1995
90
Akta 243
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
1
2
5
5A
5B
9A
13A
14
27
27A
55A
55B
56
60
61
64
66
66A
66B
Akta A937
Akta A831
Akta A680
Akta A831
Akta A680
Akta A831
Akta A680
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A680
Akta 422
Akta A937
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A937
Akta A937
10-11-1995
15-11-1992
28-06-1991 15-11-1992
28-06-1991
15-11-1992
28-06-1991
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
28-06-1991 02-04-1990 10-11-1995
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
10-11-1995
10-11-1995
Lembaga Pelabuhan Bintulu 91
Seksyen
66C
66D
67
69
70
72A
73
75
76
77
78
79
80
81
82
83A
84A
84B
89A
91A
Kuasa meminda
Akta A937
Akta A937
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A831
Akta A680
Berkuat kuasa dari
10-11-1995
10-11-1995
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
15-11-1992
28-06-1991