Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 13

Kewangan dan akaun Lembaga

(2)

Hasil Lembaga bagi mana-mana tahun kewangan hendaklah diguna bagi membayar caj-caj yang berikut bagi tahun tersebut:

(a)

perbelanjaan kerja dan penubuhan;

(b)

penyelenggaraan, kesusutan dan pembaharuan harta benda, dan penjalanan fungsi,

Lembaga yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada hasil;

(c)

bunga atas pinjaman dan pembayaran balik wang yang dipinjam; dan

(d)

apa-apa perbelanjaan modal sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga hendaklah dipertanggung kepada hasil.

(3)

Amaun yang berbaki daripada hasil Lembaga bagi mana-mana tahun kewangan, setelah dibayar caj yang tersebut dalam subseksyen (2), hendaklah diguna untuk mengimbuh apa-apa kekurangan dalam hasil yang dibawa ke depan dari tahun yang lalu, dan ke semua atau mana-mana bahagian daripada baki itu, jika ada, boleh dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhirnya tahun itu dimasukkan ke mana-mana rizab yang diluluskan oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(4)

Wang yang ada dalam kredit rizab itu boleh diguna untuk menjalankan usaha Lembaga.

(5)

Lembaga boleh membuka dan menyenggara suatu akaun semasa di bank yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

Kuasa untuk meminjam wang

Section 13 — BINTULU PORT AUTHORITY ACT 1981 | mylaw.my