Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
(2)
Tanpa menyentuh keluasan perenggan (1), kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan—
(a)
mengenai faedah persaraan bagi pegawai dan pekhidmat
Lembaga yang bersara atau sebaliknya berhenti daripada memegang jawatan sebagai pegawai dan pekhidmat yang sedemikian itu; dan
(b)
mengenai pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh
Menteri, dengan memberi perhatian tentang maksudnya orang yang bekerja dengan Kerajaan diberi pinjaman.
(3)
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat menurut perenggan (2)(a) dan (b):
(a)
tiada apa-apa derma, caruman, ganjaran, elaun atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah kaedah-kaedah itu, dan juga tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang mengenai apa-apa ganjaran, elaun atau bayaran lain yang dibuat di bawahnya, boleh diserah hak atau dipindah milik atau boleh kena tahan, asing atau levi berkenaan dengan atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan, selain hutang yang kena dibayar kepada
Kerajaan Negeri atau pada Lembaga;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 31
(b)
apa-apa wang yang dibayar di bawah kaedah-kaedah itu atas kematian mana-mana orang hendaklah disifatkan menjadi wang amanah untuk orang yang berhak menerimanya menurut surat wasiat atau sekiranya si mati mati tidak meninggalkan wasiat, tetapi tidaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pusakanya atau disifatkan sebagai tertakluk kepada hutangnya;
(c)
mana-mana orang boleh melalui wasiatnya atau melalui suatu memorandum di bawah tandatangannya melantik seorang pemegang amanah bagi wang yang dikena bayar apabila orang itu mati di bawah kaedah-kaedah itu, dan boleh mengadakan peruntukan mengenai perlantikan seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang baharu bagi wang itu dan mengenai pelaburan wang itu;
(d)
jika pada masa kematian seseorang itu atau pada bila-bila masa kemudiannya tidak ada pemegang amanah bagi wang itu atau adalah bermanfaat melantik seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu, maka dan dalam apa-apa hal seperti itu seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah ataupun pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau oleh seorang Hakim;
(e)
penerimaan seorang pemegang amanah atau pemegang amanah yang dilantik dengan sempurna, atau jika sesuatu perlantikan seperti itu tidak dibuat penerimaan oleh wakil diri di sisi undang-undang bagi si mati itu, adalah melepaskan tanggungan atas apa-apa wang yang kena dibayar apabila ia mati di bawah kaedah-kaedah itu;
(f)
tiada apa-apa derma, caruman atau bunga yang dibayar di bawah kaedah-kaedah itu boleh menjadi tertakluk kepada hutang pencarum, dan juga tiada apa-apa derma, caruman atau bunga itu dibayar kepada Pegawai Pemegang Harta
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
jika pencarum menjadi bankrap, tetapi jika pencarum itu dihukum menjadi bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan menurut keputusan Mahkamah, maka derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan kaedah-kaedah itu, disifatkan menjadi wang amanah untuk orang yang berhak menerimanya atas kematian pencarum itu;
(g)
kebankrapan seseorang pencarum tidak boleh menjejaskan potongan dibuat daripada gaji pencarum mengikut kaedah-kaedah itu dan potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dan bahagian gaji yang dipotong itu hendaklah disifatkan tidak menjadi sebahagian daripada hartanya yang diperoleh kemudian;
(h)
mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga yang menjadi pencarum di bawah kaedah-kaedah itu hendaklah, jika ia dibuang kerja sebagai pegawai atau penjawat yang sedemikian itu kerana fraud, kecurangan atau salah laku yang melibatkan kerugian wang kepada Lembaga, atau bersara atau meletak jawatan dengan niat hendak melepaskan diri dari kena menunaikan tanggungan atau dibuang kerja akibat daripada perbuatan fraud, kecurangan atau salah laku itu, maka, tertakluk kepada apa-apa syarat yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah itu, terlucut hak kesemua atau mana-mana bahagian caruman yang dibayar oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut;
rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap apa-apa jua lucut hak yang sedemikian itu.
(4)
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, selain kaedah-kaedah berhubung dengan pencen dan faedah lain persaraan bagi pegawai dan pekhidmat, tidaklah dikehendaki disiarkan dalam
Warta.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 33
Pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan