Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Tiada apa-apa hal atau perkara yang dilakukan dan tiada apa-apa kontrak yang dibuat oleh Lembaga dan tiada apa-apa hal atau perkara yang dilakukan oleh ahli, pegawai, penjawat atau agen
Lembaga yang bertindak di bawah arahan Lembaga boleh, jika hal atau perkara itu telah dilakukan atau kontrak yang dibuat secara bona fide bagi maksud Akta ini, mengenakan ahli, pegawai, pekhidmat atau agen itu secara peribadi kepada apa-apa tindakan, tanggungan, tuntutan atau permintaan mengenainya, dan belanja yang dilakukan oleh Lembaga atau ahli, pegawai, pekhidmat atau agen itu berhubung dengannya itu hendaklah dibayar daripada wang Lembaga.