Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 27

(a)

pendaratan, pengapalan, penyimpanan penggunaan dermaga, tongkang dan kerin bagi barang-barang, dan penggunaan vesel dan kereta kepunyaan Lembaga dan bayaran kelewatan atasnya;

(b)

penambatan vesel dan bot;

(c)

pengangkutan barang-barang dengan kereta (sama ada mencari sewa atau sebaliknya);

(d)

urusan membawa naik dan menurunkan orang;

(e)

pengangkutan penumpang, kereta, binatang dan barang-barang oleh perkhidmatan feri yang disenggara oleh

Lembaga;

(f)

penggunaan pengkalan, dermaga, dok, jeti, pier, tempat mendarat, pesisir atau harta lain yang terletak hak pada

Lembaga atau yang dikawal oleh Lembaga;

(g)

perkhidmatan yang diberi atau bahan yang dibekalkan kepada vesel atau yang digunakan oleh vesel, pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan;

(h)

penggunaan kapal tunda, apungan pemadam api dan lanca kepunyaan Lembaga atau yang disenggara oleh Lembaga;

(i)

air yang dibekalkan oleh Lembaga;

(j)

penundaan vesel dan bantuan yang diberikan kepada vesel

(sama ada yang masuk atau meninggalkan dermaga, dok, atau pier kepunyaan Lembaga, atau sama ada di dalam atau di luar Pelabuhan);

Lembaga Pelabuhan Bintulu 35

(k)

pengapalan dan pemindahan kapal bagi barang-barang atau orang; dan

(l)

apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Lembaga diberi kuasa untuk melevikan caj.

(2)

Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri dari semasa ke semasa meminda atau mengubah caj atau skel caj yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Lembaga boleh membuat perjanjian mengenai apa-apa jua perkara yang dinyatakan dalan subseksyen (1) daripada melevikan caj mengikut caj atau skel caj yang ditetapkan itu.

(4)

Berhubung dengan apa-apa perkara yang caj atau skel caj mengenai tidak ada ditetapkan menurut subseksyen (1), Lembaga boleh melevi apa-apa caj yang difikirkannya patut.

(5)

Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri meremit kesemua atau mana-mana bahagian caj yang kena dilevi di bawah seksyen ini:

Dengan syarat bahawa Lembaga boleh menurut budi bicaranya meremit kesemua atau mana-mana bahagian kadar bagi penyimpanan atau bayaran lewat.

(6)

Menteri boleh, dalam apa-apa keadaan jika didapatinya bermanfaat, dengan memandangkan tanggungan yang kena ditunaikan oleh Lembaga, menghendaki Lembaga supaya menaikkan apa-apa caj yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan Lembaga hendaklah melaksanakan permintaan tersebut dengan sewajarnya.

(7)

Lembaga boleh mengarahkan supaya skel caj itu dicetak dan boleh, untuk pengetahuan orang ramai, mempamerkan skel itu (sama ada keseluruhan atau sebahagiannya) di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(8)

Apa-apa caj atau skel caj yang ditetapkan hendaklah disiarkan dalam Warta.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

Mengemukakan memorandum bagi apa-apa perubahan kepada struktur caj yang sedia ada