Malaysia legislation
Section 27A
Seksyen 27A
(2)
Jika tiada jawapan diterima daripada Lembaga mengenai memorandum yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dalam masa enam bulan dari pengemukaannya, perubahan kepada struktur caj yang sedia ada yang terdapat di dalam memorandum hendaklah berkuat kuasa apabila tamat tempoh tersebut.
(2A)
Jika jawapan diterima daripada
Lembaga mengenai memorandum yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)
menunjukkan keputusan Lembaga untuk tidak membenarkan perubahan kepada struktur caj yang sedia ada yang terdapat di dalam memorandum, mana-mana orang atau kumpulan orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga boleh, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu dibuat, merayu kepada Menteri dan keputusan
Menteri itu adalah muktamad.
(3)
Orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Akta ini atau Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990, yang mana bersesuaian, hendaklah seberapa segera yang praktik menyiarkan perubahan kepada struktur caj yang sedia ada di dalam akhbar tempatan, sekurang-kurangnya satu dalam bahasa Melayu dan satu dalam bahasa Inggeris atau bahasa Cina.
(4)
Lembaga hendaklah seberapa segera yang praktik membuat pindaan ke atas undang-undang kecil mengenai perubahan ke atas struktur caj yang sedia ada.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 37
Caj kena dibayar jika permintaan ditarik balik tanpa notis yang berpatutan