Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain−

“Akta itu” ertinya Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah

Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan 1979 [Akta 217];

“barang-barang” termasuklah ternakan, galian, keluaran kilang, apa jua bentuk gas dan apa jua jenis barang dagangan;

“caj” termasuk tol, dius, sewa dan lain-lain kadar yang kena dilevi di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang terdapat di bawahnya;

“daerah permaliman” ertinya kawasan dalam Pelabuhan atau laluan masuk ke Pelabuhan itu yang diisytiharkan di bawah seksyen 53

sebagai daerah permaliman;

“dermaga” termasuklah suatu dinding dan bangunan yang bersempadanan dengan persisir, dasar laut atau dasar sungai;

“dok” termasuklah lembangan, pintu air, parit, pintu masuk, dok kering, blok lunas kapal, satah condong, limbungan, kesisi, pengkalan, gudang dan kerja lain dan benda yang berkaitan dengan dok;

Lembaga Pelabuhan Bintulu 13

“gudang berlesen” ertinya gudang atau tempat lain yang dilesen bagi menggudangkan barang-barang berduti di bawah seksyen 65 Akta

Kastam 1967 [Akta 235];

“kadar” termasuk tol, dius, sewa, dan caj lain yang kena dilevi di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya;

“kapal” termasuk tiap-tiap jenis vesel yang digunakan dalam pelayaran yang tidak didorong oleh dayung;

“Kerajaan” dan “Kerajaan Persekutuan” ertinya Kerajaan Malaysia;

“kereta” termasuk pengangkut yang berjalan dengan mengguna roda atau peluncur dan digunakan atau bermaksud hendak digunakan untuk memindah atau mengangkut orang, binatang atau barang-barang;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pelabuhan Bintulu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“malim Lembaga” ertinya malim yang diambil kerja oleh Lembaga di bawah seksyen 55;

“Menteri” dan “Menteri Kewangan” masing-masing ertinya Menteri

Persekutuan yang bertanggungjawab mengenai pelabuhan dan labuhan, dan mengenai kewangan;

“nakhoda” termasuklah tiap-tiap orang, kecuali seorang malim, yang pada masa itu menguasai atau menjaga sesuatu vesel;

“Pelabuhan” ertinya Pelabuhan Bintulu dalam kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 Akta itu;

“pemunya”, apabila digunakan berkenaan dengan barang-barang, termasuklah konsainor, konsaini, pengapal atau agen bagi penjualan, penyimpanan, pengapalan atau pendaratan barang-barang itu; dan, apabila digunakan berkenaan dengan vesel, termasuk pemunya

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

sebahagian, pencatar, konsaini atau pemegang gadai-janji yang memiliki vesel itu;

“pengendali berlesen” ertinya pengendali berlesen yang dilesenkan di bawah Bahagian III Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990

[Akta 422];

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4 (1)(a);

“penguasa dermaga” ertinya pegawai yang diambil kerja oleh

Lembaga untuk menjaga pengurusan dermaga dan dok Lembaga;

“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar Pelabuhan yang dilantik di bawah seksyen 21;

“pier” termasuklah pentas, tangga, tempat mendarat, pentas mendarat, jeti, tongkang kotak apung atau pontun dan jambatan, dan lain-lain kerja yang berkaitan dengannya;

“tanah” termasuklah dasar laut di bawah tikas air pasang;

“vesel” termasuklah kapal atau bot dan apa-apa jenis vesel lain yang digunakan dalam pelayaran.