Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(a)
menetapkan dius permaliman yang hendaklah dibayar kepada Lembaga oleh nakhoda atau pemunya tiap-tiap vesel; dan
(b)
menentukan hal keadaan dan syarat untuk mendapatkan dius permaliman berkenaan dengan perkhidmatan seseorang malim Lembaga.
(2)
Jika sesuatu vesel yang mempunyai malim Lembaga di atasnya menunjukkan hala kepada suatu vesel lain yang tidak mempunyai malim Lembaga di atasnya, Lembaga adalah berhak mendapat dius permaliman yang penuh seolah-olah malim Lembaga telah sebenarnya berada di atas vesel yang lagi satu itu dan memalimkannya.
(3)
Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, meremit kesemua atau mana-mana bahagian dius permaliman yang dibayar.
(4)
Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri mengecualikan, mengikut apa-apa syarat yang dikenakannya, mana-mana vesel atau kelas vesel daripada apa-apa dius permaliman yang kena dibayar di bawah Akta ini.
Kuasa menjual barang-barang yang masih ada dalam jagaan