Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 31

(a)

mengenai barang-barang yang suatu bil muatan terus telah dikeluarkan baginya maka tempoh dua puluh satu hari yang disebut dalam subseksyen ini hendaklah digantikan dengan tempoh empat puluh dua hari; dan

(b)

jika barang-barang itu adalah dari jenis yang tidak tahan lama maka Lembaga boleh mengarahkan supaya barang-barang itu dipindahkan dalam suatu tempoh yang lebih singkat (iaitu tidak kurang daripada dua puluh empat jam selepas mendarat) yang difikirkan patut oleh Lembaga, dan kuasa menjual barang-barang itu boleh dijalankan apabila tamat tempoh itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), sesuatu jualan tidaklah menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab jualan itu bertempat di premis ataupun di suatu kawasan di mana orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali dengan mengemukakan pas.

(3)

Sebelum menjalankan jualan itu Lembaga hendaklah memberi tiga hari notis berkenaan dengannya melalui iklan dalam dua buah akhbar tempatan yang beredar dalam Negeri Sarawak, melainkan jika barang-barang itu adalah daripada jenis tidak tahan lama yang, pada pendapat Lembaga, menyebabkannya perlu atau patut untuk menjualnya dengan segera maka jika sedemikian halnya tempoh notis yang hendak diberi itu adalah mengikut betapa terdesaknya keadaan itu.

(4)

Jika alamat mereka dapat dipastikan daripada manifes kargo atau dari apa-apa dokumen yang sampai ke tangan Lembaga atau yang diketahui selainnya, notis hendaklah juga diberikan kepada pemunya barang-barang itu dan kepada ejen vesel dari mana barang-barang itu dipunggah.

(5)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (4) hak dikehendaki untuk sama ada notis itu telah diberi atau belum lagi.

(6)

Hasil jualan itu hendaklah digunakan oleh Lembaga untuk membuat bayaran dan mengikut susunan berikut:

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

(a)

duti yang kena dibayar kepada Kerajaan;

(b)

perbelanjaan jualan;

(c)

kadar, caj dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada

Lembaga berkenaan dengan barang-barang itu; dan

(d)

tambang dan lain-lain tuntutan atau lien yang mengenainya notis telah diberikan kepada Lembaga sebelum hari jualan.

(7)

Baki hasil jualan, jika ada, setelah dibuat bayaran di bawah subseksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang berhak menerimanya apabila diminta atau, jika tiada permintaan dibuat dalam tempoh satu tahun selepas barang-barang itu dijual, dibayar masuk ke dalam akaun am Lembaga, dan dengan itu semua hak orang itu terhadap hasil jualan tersebut adalah terhapus.

Kuasa untuk mengkompaun atau berkompromi tuntutan atau permintaan