Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Kuasa untuk menahan harta kerana tidak membayar caj
(2)
Jika mana-mana bahagian caj atau kos menahan harta, menyita atau menahan vesel, takal, kain kapal, perabot atau lain-lain barang
Lembaga Pelabuhan Bintulu 41
yang masih belum berbayar dalam tempoh empat belas hari selepas sesuatu penahanan harta, penyitaan atau penahanan yang sedemikian itu, Lembaga boleh mengarahkan supaya vesel itu atau barang lain yang ditahan harta, disita atau ditahan sedemikian itu dijual, dan boleh mengguna hasil jualan itu bagi menjelaskan caj dan kos tersebut
(temasuk kos jualan) dan Lembaga hendaklah menyerahkan bakinya
(jika ada ) kepada nakhoda vesel itu apabila diminta.
(3)
Jika Lembaga telah memberi, kepada pegawai Kerajaan yang berkewajipan memberi kelulusan pelabuhan kepada sesuatu vesel suatu notis menunjukkan amaun yang dinyatakan dalamnya adalah kena dibayar mengenai caj (yang kena dilevi di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya) terhadap sesuatu vesel, maka pegawai itu tidak boleh memberi apa-apa jua kelulusan pelabuhan bagi vesel itu sehingga amaun yang kena dilevi itu telah dibayar.
(4)
Peruntukan seksyen ini (berhubung dengan mendapatkan caj yang tertunggak oleh Lembaga) adalah sebagai menambah dan bukannya melemahkan hak Lembaga di bawah mana-mana undang-undang lain.