Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 37

(2)

Dalam bertindak sebagai ejen di bawah subseksyen (1),

Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya tidak bertanggungjawab—

(a)

sama ada mengenai ganti rugi atau mengenai apa-apa remedi lain atas kerugian yang berlaku terhadap seseorang oleh sebab penyerahan kurang akan apa-apa barang-barang yang disimpan dengan Lembaga atau diletak dalam jagaan atau kawalan Lembaga atau apa-apa jua kegagalan dipihak

Lembaga untuk menyerah atau memberi penerangan tentang barang-barang itu; atau

(b)

atas kerosakan atau kemusnahan barang-barang itu dalam jumlah wang yang lebih daripada satu ribu ringgit bagi satu bungkusan atau unit melainkan jika jenis dan nilai barang-barang yang terkandung dalamnya telah, sebelum diserahkan kepada Lembaga, dinyatakan secara bertulis kepada Lembaga oleh orang yang menyerah atau menyebabkannya diserah, dan Lembaga tidak akan dalam apa hal sekalipun bertanggungan atas barang-barang tersebut jika nilai mana-mana barang-barang itu telah disalahnyatakan atau jika berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 39.

(3)

Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 38, perbahasan “barang-barang pindah kapal” ertinya barang-barang yang didaratkan dari satu vesel dan diletakkan dalam jagaan Lembaga bagi maksud dikapalkan atas suatu vesel lain mengikut suatu bil muatan secara terus yang ditarikhkan di pelabuhan barang-barang itu dimuatkan dan yang menunjukkan bahawa destinasinya adalah melalui Pelabuhan itu dengan pelabuhan destinasi sebenar barang-barang itu ditandakan pada setiap satu bungkusan atau unit yang mengandungi barang-barang itu

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

dan dinyatakan dalam manifes pindah kapal yang diserahkan kepada

Lembaga sebelum daripada atau semasa barang-barang itu diletakkan dalam jagaannya.

Kerugian atau kemusnahan atau kerosakan kepada barang-barang pindah kapal yang disimpan dengan Lembaga