Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 38

Berkenaan dengan barang-barang pindah kapal yang diserahkan oleh seseorang kepada Lembaga atau yang diletakkan oleh seseorang dalam jagaan Lembaga, Lembaga hendaklah, dari masa barang-barang itu diaku terima sehingga ia diserahkan di sisi vesel yang akan membawanya untuk dimuatkan, bertanggungan, tertakluk kepada seksyen 39, bagi kerugian, kemusnahan, atau kerosakan pada barang-barang itu:

Dengan syarat bahawa Lembaga tidak bertanggunggan atas apa-apa kerugian, kemusnahan atau kerosakan dalam jumlah wang yang lebih daripada satu ribu ringgit bagi satu bungkusan atau unit melainkan jika jenis dan nilai barang-barang yang terkandung dalamnya telah, sebelum diserahkan kepada Lembaga, dinyatakan secara bertulis kepada Lembaga, dinyatakan secara bertulis kepada Lembaga oleh orang yang menyerah atau menyebabkan diserah, dan Lembaga tidak akan bertanggungan dalam apa hal sekalipun atas barang-barang itu jika barang-barang itu telah disalahnyatakan.