Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Kuasa Mahkamah Tinggi menyatukan tuntutan
Lembaga mengenai kehilangan nyawa, bencana diri atau kehilangan atau kerosakan pada vesel, kereta api, kereta, binatang, barang-barang atau apa-apa jua benda lain, dan beberapa tuntutan dibuat atau dijangka mengenai tanggungan itu, maka Lembaga boleh memohon kepada
Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah itu boleh menentukan amaun tanggungan Lembaga dan boleh membahagikan amaun itu mengikut kadarnya antara beberapa orang pihak menuntut, dan boleh menggantung apa-apa jua pembicaraan yang belum selesai dalam mana-mana mahkamah lain berhubung dengan perkara yang sama, dan boleh meneruskan, dengan apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa kaedah, mengenai menjadikan orang yang berkepentingan sebagai pihak dalam perbicaraan itu, dan tidak memasukkan mana-mana pihak menuntut yang tidak menjadi pihak dalam masa tertentu, dan menghendaki sekuriti daripada Lembaga, dan mengenai pembayaran apa-apa kos yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 47