Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(2)
Permit boleh diberi untuk satu atau beberapa vesel atau kepada seorang atau beberapa orang.
(3)
Seseorang yang hendak diberi permit di bawah seksyen ini hendaklah dari semasa ke semasa memberi kepada Lembaga apa-apa maklumat yang munasabah dikehendaki oleh Lembaga berhubung
Lembaga Pelabuhan Bintulu 49
dengan jenis dan amaun barang-barang dan kargo yang diangkut mengikut permit itu dalam sesuatu tempoh tertentu, dan bagi maksud ini orang itu hendaklah menyimpan rekod mengenainya.
(4)
Apa jua kegagalan yang memberi maklumat atau menyimpan rekod yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) hendaklah disifatkan sebagai suatu pelanggaran terhadap syarat permit itu.
(5)
Lembaga boleh mengecualikan daripada kehendak seksyen ini mana-mana vesel atau kelas vesel yang berat tan kasarnya kurang daripada sepuluh tan dan ia boleh juga, tanpa memberi apa-apa jua sebab, membatalkan kecualian itu.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menjejaskan atau mengubah suai peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pelesenan bot untuk mengangkut kargo, dan tiada satu pun permit boleh diberi di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu vesel yang dikehendaki supaya dilesen di bawah peruntukan itu melainkan jika vesel itu telah sempurna dilesenkan di bawahnya.
Rayuan