Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(b)
Pengurus Besar; dan
(c)
tidak kurang daripada lima orang tetapi tidak lebih daripada sembilan orang ahli yang dilantik oleh Menteri;
Dengan syarat bahawa adalah sah bagi Menteri melantik Pengurus
Besar menjadi Pengerusi.
(2)
Jika Pengerusi ialah orang yang lain daripada Pengurus Besar maka Pengurus Besar hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi, melainkan jika Menteri melantik mana-mana ahli yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga.
(3)
Seorang Pengerusi sementara atau ahli sementara boleh dilantik sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) dalam masa
Pengerusi atau ahli itu tidak berupaya sementara kerana sakit atau dalam masa tidak ada sementara dalam Negeri Sarawak atau Malaysia, dan peruntukan Akta ini yang terpakai bagi Pengerusi atau ahli
(termasuk orang yang hendak dilantik sedemikian itu) hendaklah
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
dipakai mutatis mutandis bagi Pengerusi sementara atau ahli sementara
(termasuk orang yang hendak dilantik sedemikian itu).
(4)
Lembaga boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keanggotaannya, dan tiada apa-apa perbuatan Lembaga boleh menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab sesuatu kecacatan dalam perlantikan mana-mana ahlinya atau atas alasan bahawa mana-mana orang yang bertindak sebagai ahlinya telah berhenti menjadi ahli yang sedemikian itu.
(5)
Walau apa pun yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Menteri boleh memecat daripada jawatan Pengerusi atau mana-mana ahli Lembaga tanpa memberi apa-apa sebab.
(6)
Peruntukan Jadual hendaklah dipakai bagi Lembaga dan ahlinya.
Fungsi Lembaga