Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 51

Lembaga boleh mengarah mana-mana vesel yang belayar ke laut dalam kawasan Pelabuhan supaya datang ke sisi pengkalan, dermaga, jeti, pier atau pentas mendarat yang sesuai yang terletak hak pada

Lembaga atau berada di bawah kawalan Lembaga, bagi maksud mendarat atau pengiriman barang-barang, kargo atau membawa naik atau menurunkan penumpang:

Dengan syarat bahawa perintah yang sedemikian itu boleh dibuat hanya jika:

(a)

vesel itu belum mula mendarat barang-barang, kargo, atau menurunkan penumpang; atau

(b)

vesel itu sedang hendak mengapal barang-barang, kargo, atau membawa naik penumpang, tetapi belum mula berbuat demikian;

dan semasa membuat perintah itu Lembaga hendaklah mengambil perhatian, setakat mana yang boleh, tentang memberi kesenangan kepada vesel yang pengapal itu mengguna pengkalan, dermaga, jeti, pier atau pentas mendarat yang tertentu.

Vesel Kerajaan