Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Pemeriksaan untuk mendapatkan lesen untuk bertindak sebagai malim
(2)
Tertakluk kepada Bahagian ini, tiap-tiap malim yang memegang, sebelum sahaja bermula berkuatkuasanya Bahagian ini,
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
suatu lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini untuk bertindak sebagai malim hendaklah disifatkan sebagai layak untuk diambil kerja oleh Lembaga sebagai malim, dan Jawatankuasa Permaliman boleh, bagi pihak
Lembaga, mengeluarkan kepada malim itu apabila diambil kerja oleh
Lembaga, suatu lesen untuk bertindak sebagai malim Lembaga dalam suatu daerah permaliman, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Jawatankuasa Permaliman.
(3)
Tiap-tiap malim Lembaga hendaklah, bila-bila masa sahaja
Jawatankuasa Permaliman berpendapat bahawa, disebabkan syarat yang berubah atau oleh sebab apa-apa alasan lain yang mencukupi, mana-mana malim itu perlu menghadapi ujian selanjutnya tentang kelayakan am, termasuk kelayakan jasmani, dan kecekapannya, menghadirkan diri untuk diperiksa selanjutnya, dan dalam tiap-tiap kes seperti itu hendaklah terlebih dahulu menyerahkan kepada
Jawatankuasa Permaliman lesen yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tersebut bagi pihak Lembaga untuk dikembalikan atau dibatalkan oleh
Jawatankuasa tersebut bagi pihak Lembaga keputusan ujian atau pemeriksaan itu.
(4)
Lembaga tidak boleh terus mengambil kerja sebagai malim mana-mana orang yang lesennya untuk bertindak sebagai malim telah dibatalkan menurut subseksyen (3).
(5)
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini terhenti sah apabila pekerjaan malim itu dengan Lembaga ditamatkan.
Siasatan oleh Jawatankuasa Permaliman