Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi penjalanan fungsinya atau yang bersampingan dengannya, dan khususnya—
(a)
mengusahakan semua atau apa-apa jua jenis kerja berhubung dengan Pelabuhan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, atau membenarkan mana-mana orang dengan memberi lesen kepadanya supaya mengusahakan kerja yang sedemikian itu, tertakluk kepada kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat oleh Lembaga, dan lesen itu boleh mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Lembaga;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 17
(b)
membina, menyenggara dan mengguna dermaga, dok, pier dan jambatan dalam kawasan yang terletak hak pada
Lembaga, dengan segala gerbang, longkang, pembetung, pagar, jalan, kereta api dan laluan masuk yang perlu dan sesuai;
(c)
tertakluk kepada peruntukan Akta ini, melevi apa-apa dius pelabuhan dan apa-apa caj biasa terhadap barang-barang atau kargo yang dimuat dan dipunggah di Pelabuhan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga untuk menyenggara, memperbaiki atau membangun dan memajukan Pelabuhan;
(d)
mengawal penambatan dan penggerakan semua vesel, sama ada di jalan atau di sisi pengkalan, dermaga, pier atau tempat mendarat, yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Lembaga;
(e)
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengguna, jentera, apungan pemadam api dan alatan lain bagi maksud memadamkan kebakaran pada harta benda Lembaga dan kebakaran di Pelabuhan;
(f)
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendalikan, vesel bagi maksud menunda atau memberi bantuan kepada mana-mana vesel
(sama ada di dalam perairan negara Malaysia atau di lautan lepas dan sama ada yang memasuki atau memperoleh meninggalkan Pelabuhan atau menuju ke tempat lain) dan bagi maksud menyelamatkan nyawa atau harta benda atau mendapatkan kembali harta benda yang hilang, tenggelam atau terdampar;
(g)
membekal air kepada kapal-kapal di Pelabuhan;
(h)
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendali, vesel feri untuk membawa
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
penumpang, kereta dan barang-barang, dan menggunakan feri untuk mencari sewa;
(i)
menjalankan perniagaan sebagai pembunker dan pembekal barang-barang stor dan bahan-bahan kepada kapal;
(j)
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara dan, dalam kawasan yang terletak hak pada
Lembaga, mengendalikan apa-apa jua kemudahan termasuk keretapi, gudang, syed, jentera, kerin, alat penimbang dan alatan lain untuk mengangkut, menerima, menyelenggara dan menyimpan barang-barang yang hendak didarat atau dikapalkan atau selainnya diuruskan oleh Lembaga;
(k)
menjalankan perniagaan sebagai pembina dan pembaik kapal dan jentera;
(l)
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan memasang serta menyenggarakan alat tambatan;
(m)
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendalikan, segala cara dan alatan untuk menambat, memuat dan memunggah vesel;
(n)
membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta menambat, vesel dan bahan kapal untuk menyimpan dan mengerjakan kargo dan barang-barang;
(o)
menebus guna, menggali, memagar atau meninggikan mana-mana bahagian kawasan yang terletak hak pada
Lembaga;
(p)
membersih, mendalamkan atau memperbaiki mana-mana bahagian Pelabuhan, dan bagi apa-apa maksud yang sedemikian itu, membeli atau selainnya memperoleh atau membina, dan menyenggara serta mengendalikan, kapal korek atau alatan lain;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 19
(q)
mendirikan atau menyebabkan didirikan bangunan di mana-mana bahagian kawasan yang terletak hak pada
Lembaga;
(r)
mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga berhubung dengan kerja di luar kawasan yang terletak hak padanya sebagaimana yang perlu bagi melindungi kerja kepunyaaannya dalam kawasan yang terletak hak padanya itu;
(s)
menjadi penangggung insurans bagi barang-barang dalam jagaannya;.
(t)
(Dipotong oleh Akta A831).
(2A)
Lembaga boleh, dengan kelulusan daripada Menteri memberi lesen di atas apa-apa syarat yang difikirkan sesuai kepada mana-mana syarikat, firma, orang atau kumpulan orang untuk menjalankan mana-mana aktiviti Pelabuhan yang didapati perlu oleh Lembaga.
(3)
Seksyen 3(1) *Akta Insurans 1963 [Akta 89] tidak boleh dipakai bagi Lembaga berhubung dengan kuasanya di bawah perenggan (2)(s).
Kuasa Lembaga untuk membuat apa-apa perkiraan mengenai hal berkongsi untung, dsb.