Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Batasan tanggungan malim Lembaga apabila bon diberi
(2)
Tiap-tiap malim Lembaga hendaklah mengaku janji akan memberi bon bagi faedah Lembaga sebanyak jumlah wang yang dianggap berpatutan oleh Lembaga bagi menunaikan tugasnya dengan sempurna di bawah Bahagian ini dan mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini.
(3)
Sesuatu bon yang diberi oleh malim Lembaga mengikut seksyen ini tidak dikenakan duti setem.
(4)
Jika sesuatu tindakan diambil terhadap malim Lembaga kerana apa-apa kecuaian, tidak cekap atau ketidakupayaan memegang jawatan yang berkenaan dengan tanggungannya adalah terbatas sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini, dan tuntutan lain dibuat berkenaan dengan kecuaian, tidak cekap atau ketakupayaan memegang jawatan yang sama, mahkamah di mana perbicaraan itu dibawa boleh—
(a)
menentukan amaun tanggungan malim itu dan, apabila dibayar amaun itu kepada mahkamah, membahagi amaun itu mengikut kadar di antara beberapa orang pihak menuntut;
(b)
menangguhkan apa-apa jua perbicaraan yang belum selesai dalam mana-mana mahkamah lain berhubung dengan perkara yang sama; dan
(c)
meneruskan dengan apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa arahan mengenai menjadikan orang yang berkepentingan sebagai pihak dalam perbicaraan dan tidak memasukkan mana-mana pihak menuntut yang belum lagi mengemukakan tuntutannya dalam masa tertentu, dan mengenai menghendaki sekuriti dari malim itu dan pembayaran apa-apa kos sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
Jawatankuasa Permaliman dan Lembaga tidak bertanggungan atas kerugian atau kerosakan disebabkan oleh malim