Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
(a)
mengawal selia, mengisytihar dan menentukan dermaga, dok, pier dan tempat-tempat yang terletak hak pada
Lembaga atau berada di bawah kawalan Lembaga, yang ke
Lembaga Pelabuhan Bintulu 63
atasnya barang-barang boleh didaratkan atau darinya barang-barang boleh dikapalkan ke dalam vesel ;
(b)
mengawal selia cara bagaimana, dan syarat-syarat bagi menjalankan pemuatan dan pemunggahan barang-barang dari vesel dan bagi mengubah kedudukan vesel yang sedang memuat dan memunggah;
(c)
mengawal selia penggunaan yang selamat dan mudah akan dok, dermaga, pier, tempat mendarat, gudang, syed dan premis, yang terletak hak pada Lembaga atau berada di bawah kawalan
Lembaga, dan akan mana-mana perkihdmatan feri yang disenggara oleh Lembaga;
(d)
mengawal selia penerimaan, penyimpaan dan pemindahan barang-barang di dalam dan dari premis Lembaga, dan menetapkan tatacara yang hendak diikuti untuk menjaga barang-barang yang telah rosak sebelum didaratkan atau yang dikatakan telah rosak;
(e)
menetapkan cara menyelesaikan pembayaran kadar dan caj yang kena dilevi di bawah Akta ini, memudahkan pemungutannya dan mencegah pengelakannya;
(f)
menjaga kebersihan lembangan, kerja-kerja dan premis
Lembaga dan perairan yang bersempadanan dengannya, dan mencegah minyak, kotoran dan sampah sarap dari dibuang ke atasnya atau dari memasuki ke dalamnya;
(g)
menghadkan tanggungan Lembaga mengenai apa-apa kerugian, kerosakan atau bencana kepada mana-mana orang yang berlaku tanpa kesalahan sebenar Lembaga atau tanpa pengetahuan Lembaga (sama ada dalam vesel yang dikendali atau disenggara oleh Lembaga atau mana-mana dermaga pengkalan atau bahagian lain Pelabuhan);
(h)
mengawal selia urusan pengangkutan, pemuatan dan pemunggahan barang-barang berbahaya;
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
(i)
mengawal selia pengeluaran dan pindah milik lesen dan menetapkan fi yang kena dibayar berhubung dengannya;
(ia) menetapkan tatacara berkenaan dengan apa-apa tender atau kontrak yang mesti diikuti oleh Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Lembaga;
(ib)
mengawal kemudahan untuk menyadaikan vesel dan menetapkan fi yang kena dibayar berkenaan dengannya;
(j)
menetapkan apa-apa jua perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini; dan
(k)
selainnya menjalankan peruntukan Akta ini.
(2)
Mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subseksyen (1)(h) boleh—
(a)
menetapkan notis yang dikehendaki diberi oleh kapal dan bot yang mengangkut, memuat atau memunggah barang-barang bahaya;
(b)
mengawal pelayaran dan tempat tambatan bagi kapal dan bot yang membawa barang-barang bahaya;
(c)
melarang atau mengawal pengangkutan barang-barang berbahaya dalam kapal, bot, kereta api penumpang atau dalam apa-apa jenis kereta bersama-sama dengan apa-apa jenis barang-barang berbahaya, benda atau bahan lain;
(d)
mengawal pengangkutan, pemuatan dan pemunggahan barang-barang berbahaya dan menetap cara mengemas dan menyimpan barang-barang itu atas kapal, bot atau di mana-mana premis;
(e)
melarang pemuatan dan pemunggahan dalam hal-hal di mana pemuatan atau pemunggahan itu mengenai barang-Lembaga Pelabuhan Bintulu 65
barang berbahaya yang didapati benar-benar berbahaya kepada orang ramai, dan menetapkan tempat dan masa di mana apa jua barang-barang berbahaya itu hendak dimuat atau dipunggah dan kuantitinya yang hendak dimuat atau dipunggah atau diangkut pada satu masa atau dalam satu kapal, bot atau kereta;
(f)
menetapkan cara dan langkah-langkah awasan yang hendak dipatuhi semasa mengangkut atau menyimpan barang-barang berbahaya, dan mengawal pemuatan atau pemunggahan barang-barang sesuatu kapal, bot atau kereta yang mengangkut barang-barang itu;
(g)
menetapkan waktu bila lampu atau api dibenar atau dilarang dipasangkan di atas kapal atau bot yang mengangkut atau menyimpan barang-barang berbahaya;
dan
(h)
pada amnya membuat peruntukan bagi keselamatan orang dan harta daripada rosak.
(3)
Lembaga boleh dalam undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini memperuntukkan bahawa pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang kecil adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan sebagai penalti—
(a)
denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit; dan
(b)
denda selanjutnya tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
(4)
Lembaga boleh menyebabkan supaya mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini dicetak dan boleh, bagi pengetahuan orang ramai, mempamerkan undang-undang kecil itu
(sama ada keseluruhan atau sebahagiannya) di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 243