Malaysia legislation

Section 70

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 70

(a)

berat kasar atau ukuran, tanda, bilangan dan kandungan tiap-tiap satu bungkusan; dan

(b)

nama konsaini mengikut bil muatan atau nama orang yang sebenarnya membayar tambang barang-barang itu.

(2)

Seseorang pemunya, nakhoda atau agen yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.

(3)

Pemunya, pencatar, konsainor, agen atau orang lain yang bertindak memuat dan memunggah tiap-tiap vesel pengeksport hendaklah menyediakan suatu senarai yang lengkap dan tepat atau manifes semua barang-barang yang dieksport oleh vesel itu daripada bil muatan dan senarai tambangnya, dan hendaklah menandatangani dan meninggalkan di pejabat Lembaga dalam tempoh empat belas hari selepas vesel itu belayar dari Pelabuhan itu, satu transkrip yang betul

*CATATAN— Sebelum ini “lima ratus ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992

[Akta A831].

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

mengenai senarai atau manifes itu yang menyatakan di dalamnya nama beberapa orang pengapal barang-barang itu mengikut bil muatan.

(4)

Seseorang pemunya, pencatar, konsainor, agen atau orang lain yang tidak mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.

Penalti meliputi juga prinsipal dan penjawat

Section 70 — BINTULU PORT AUTHORITY ACT 1981 | mylaw.my