Malaysia legislation
Section 71
Seksyen 71
Semua penalti yang dikenakan oleh seksyen 69 atau 70 hendaklah meliputi—
(a)
prinsipal di mana-mana rumah perniagaan—
(i)
yang olehnya atau baginya, atau bagi keuntungan atau faedahnya, pembayaran sedemikian itu telah dielakkan, dilarikan dicuaikan atau tidak dibayar;
atau
(ii)
yang olehnya senarai, manifes dan transkip itu telah tidak dibuat, ditandatangani, dideposit dan ditinggalkan; dan
(b)
kepada mana-mana kerani dan pekhidmat kepada prinsipal yang diambil kira atau bertindak dalam rumah perniagaan itu.
Penalti kerana mengingkari perintah penguasa dermaga