Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
(2)
Jika nakhoda vesel yang telah selesai memuat atau memunggah atau sedang menunggu kargo atau balast tidak mematuhi notis yang diberi kepadanya atau kepada pegawai yang bertanggungjawab atas vesel itu oleh penguasa dermaga yang mengarahkan bahawa vesel itu hendaklah meninggalkan dermaga itu, nakhoda atau pemunya vesel itu hendaklah, sebagai tambahan kepada denda, dikenakan membayar sejumlah wang (sebagai ganti rosak) yang ditaksir mengikut kadar satu perempat sen bagi satu tan berdaftar secara kasar bagi tiap-tiap satu jam vesel itu berada di dermaga selepas tamatnya masa bertolak yang dikehendaki menurut notis itu.
Penalti kerana menggendalakan atau menghalang mana-mana ahli, pegawai atau penjawat Lembaga