Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 75

(1A)

Pengurus Besar atau mana-mana orang sebagaimana yang diberi kuasa olehnya boleh, dalam menjalankan kuasa dan melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (1), menyita apa-apa artikel, dokumen atau benda yang dia mempunyai alasan munasabah untuk percaya telah digunakan untuk melakukan, atau ialah hal perkara, atau diperlukan bagi maksud penyiasatan dan pendakwaan, sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.

(2)

Nakhoda vesel itu yang, tanpa sebab yang sah, enggan membenarkan seseorang menaiki vesel itu menurut subseksyen (1)

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ribu ringgit.

Penalti kerana menggaji malim yang lain daripada malim

Lembaga