Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
(2)
Nakhoda atau pemunya vesel yang memasuki atau sedang berada dalam daerah permaliman yang dengan diketahuinya, menggaji sebagai malim seseorang yang bukan malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, seseorang malim Lembaga yang bertindak di luar kawasan daerah pemaliman yang baginya ia diberi lesen atau melanggar apa-apa syarat yang dikenakan dalam lesennya hendaklah disifatkan sebagai bukan malim Lembaga.
(4)
Seseorang boleh, tanpa menjadikan dirinya atau majikannya tertakluk kepada apa-apa penalti, bertindak sebagai malim sesuatu vesel yang memasuki atau meninggalkan sesuatu daerah pemaliman apabila vesel itu berada dalam kesusahan atau dalam hal-hal keadaan yang menyebabkan perlu bagi nakhoda mendapatkan bantuan seelok-eloknya yang boleh didapati pada ketika itu.
Menerima atau menawar kadar-kadar permaliman yang tidak berpatutan