Malaysia legislation
Section 78
Seksyen 78
(a)
dengan apa-apa cara secara langsung atau secara tidak langsung bersangkut-paut dengan apa-apa perbuatan rasuah berkaitan dengan vesel, takal, perabot, kargo, anak kapal atau penumpang, atau dengan orang yang terkandas di laut atau kerana kapal pecah atau dengan wang, barang atau harta benda mereka;
(b)
meminjamkan lesennya;
(c)
bertindak sebagi malim semasa digantung;
(d)
bertindak sebagai malim apabila berada dalam keadaan mabok;
(e)
enggan atau bersengaja melambat-lambatkan, apabila tidak terhalang oleh sakit atau lain-lain sebab yang munasabah, untuk memalimkan vesel di dalam kawasan daerah permaliman yang baginya ia diberi lesen oleh Lembaga apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai atau penjawat Lembaga yang diberi kuasa dengan sempurnanya bagi maksud itu; atau
(f)
meninggalkan vesel yang sedang dimalimkannya tanpa persetujuan nakhoda, sebelum sempurna perkhidmatan yang ia telah ditugaskan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
(2)
Seseorang yang menyebabkan, membantu, bersubahat atau membiarkan berlakunya sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.
(3)
Seseorang malim Lembaga yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, atau menyebabkan, membantu, bersubahat atau membiarkan berlakunya sesuatu kesalahan yang sedemikian itu boleh, apabila disabitkan, digantung atau dibuang kerja oleh Lembaga.
(4)
Seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, atau menyebabkan, membantu, bersubahat dengan, atau membiarkan berlakunya sesuatu kesalahan yang demikian itu, apabila disabitkan, boleh digantung atau dibatalkan lesennya.
Penalti ke atas malim yang menyebabkan bahaya kepada kapal, nyawa atau anggota badan