Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
Seseorang malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) yang, apabila ditugaskan untuk memalimkan sesuatu vesel, dengan bersengaja melanggar kewajipan atau dengan cuai atau oleh sebab mabuk—
(a)
melakukan apa-apa perbuatan yang bermaksud menyebabkan dengan serta-merta kerugian, kemusnahan atau kerosakan teruk pada vesel, atau yang bermaksud menyebabkan bahaya dengan serta merta kepada nyawa atau anggota badan yang mana-mana orang yang berada di atas vesel; atau
(b)
enggan atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan sah yang sepatut dan perlu dilakukan olehnya untuk menjaga vesel itu daripada kerugian, kemusnahan atau kerosakan teruk, atau menjaga keselamatan diri orang yang bekerja dalam vesel itu yang berada di atasnya dari bahaya terhadap nyawa dan anggota badan,
Lembaga Pelabuhan Bintulu 75
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh juga apabila disabitkan, dikenakan gantung atau dibuang kerja oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa tiada seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) boleh dibuang kerja oleh Lembaga.
Kegagalan mengambil kerja malim Lembaga atau malim berlesen di bawah hal-hal keadaan yang tertentu