Malaysia legislation

Section 84B

of *AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981

Seksyen 84B

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai disifatkan bersalah

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan (sama ada pertubuhan perbadanan itu telah didakwa atau tidak) tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan olehnya memandangkan jenis fungsinya dalam jawatan itu dan memandangkan semua hal keadaan kes itu.

Pengelakan daripada membayar kadar atau caj tidak melepaskan tanggungan dengan bayaran diterima kemudiannya