Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Mendapatkan ganti rugi kerana bencana yang berlaku terhadap harta Lembaga
(2)
Bagi maksud-maksud subseksyen (1), Lembaga boleh menahan vesel sehingga—
(a)
amaun untuk membaiki kerosakan itu telah dibayar;
(b)
suatu deposit yang sama banyak amaunnya dengan tuntutan atau permintaan yang dibuat oleh Lembaga mengikut anggaran amaun untuk membaiki kerosakan itu telah dibuat oleh nakhoda atau pemunya vesel itu; atau
(c)
sekuriti diberi atas pembayaran kesemuanya amaun untuk membaiki kerosakan itu.
(3)
Jika deposit telah dibuat, Lembaga hendaklah menerima dan menyimpan deposit itu sehingga setakat kerosakan itu dan amaun membaiki kerosakan itu telah ditentukan oleh Lembaga dan dibayar kepadanya oleh nakhoda atau pemunya itu.
(4)
Tiap-tiap deposit yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah dianggap sebagai telah dibuat sebagai pembayaran bagi menjelaskan atau pembayaran terhadap tuntutan atau permintaan yang disebut dalam subseksyen (1), melainkan jika notis mempertikaikan tuntutan itu diberikan kepada Lembaga dalam tempoh tujuh hari setelah deposit itu dibuat.
(5)
Setelah tamat tempoh tujuh hari selepas deposit itu dibuat,
Lembaga boleh melainkan jika—
(a)
sementara itu notis telah diberi kepadanya menyatakan bahawa tuntutan itu dipertikaikan; atau
(b)
amaun untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh vesel itu telah dibayar terlebih dahulu, menggunakan deposit itu atau sebahagian yang mencukupi daripadanya bagi membaiki kerosakan itu dan Lembaga hendaklah mengembalikan bakinya, jika ada, kepada nakhoda atau pemunya itu.
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
(6)
Tiap-tiap notis yang menyatakan bahawa sesuatu tuntutan itu dipertikaikan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi nama dan alamat seseorang di dalam Malaysia, yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak nakhoda atau pemunya berkenaan dengan tuntutan itu.
(7)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, penyampaian apa-apa dokumen atau proses undang-undang kepada orang yang diberi kuasa untuk bertindak di bawah subseksyen (6) hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang memadai kepada nakhoda atau pemunya itu bagi segala maksud.
Kesalahan boleh dibicarakan oleh Mahkamah Majistret