Malaysia legislation
Section 91A
Seksyen 91A
Kuasa khas semasa darurat
(a)
mengambil milikan sementara ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan yang ditubuhkan, disenggarakan atau dikerjakan oleh mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta ini; atau
(b)
menarik balik sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan daripada mana-mana orang atau kumpulan orang atau daripada orang ramai.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 83
(2)
Jika apa-apa keraguan timbul ke atas kewujudan darurat awam atau sama ada apa-apa perbuatan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
adalah bagi kepentingan keselamatan awam, sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan dipamerkan di tempat tertentu yang pada pendapat Menteri adalah sesuai hendaklah menjadi bukti muktamad ke atas perkara tersebut.
(3)
Jika Kerajaan mengambil milikan ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan di bawah subseksyen (1)(a)
pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar.