Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 21

Kuasa Pendaftar Besar dikehendaki bagi pendaftaran lewat

Selepas habis tempoh tiga hari dari tarikh kematian itu atau tarikh mayat mana-mana orang dijumpai atau tempoh yang ditetapkan dalam seksyen 20 yang mana yang lebih lama, maka kematian orang itu tidak boleh didaftarkan kecuali dengan kebenaran bertulis dari Pendaftar Besar dan dengan cara sedemikian dan tertakluk kepada syarat sebagaimana yang ditetapkan bagi pendaftaran lewat dan hakikat bahawa kebenaran Pendaftar Besar telah diperoleh, hendaklah dicatatkan di dalam daftar.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Section 21 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957