Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 22

Tugas pengamal perubatan mengenai perakuan

(2)

Orang tersebut apabila memberi butir-butir kematian itu, hendaklah menyerahkan perakuan itu kepada Pendaftar dan sebab kematian sebagaimana dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah dicatatkan ke dalam daftar bersama dengan nama pengamal perubatan yang memperakukannya.

(3)

Dalam hal di mana suatu perakuan di bawah subseksyen (1)

di atas memperakui bahawa sebab kematian seseorang adalah akibat daripada wabak, taun, cacar atau apa-apa penyakit yang berkehendakkan supaya ia diberitahu kepada negara asing sebagai penyakit bahaya yang berjangkit di bawah mana-mana konvensyen mengenai penyakit-penyakit bahaya yang berjangkit yang pada masa itu berkuat kuasa, yang tidak diketahui pada masa itu merupakan suatu yang lazim di kawasan di mana si mati itu meninggal dunia, maka Pendaftar, jika ada tidak berpuas hati mengenai ketepatan diagnosis itu, boleh enggan untuk bertindak terhadap perakuan itu dan enggan untuk mendaftarkan sebab kematian sehinggalah hal keadaan kematian tersebut telah dilaporkan dengan serta-merta kepada Penguasa Pendaftar dan Pegawai Kesihatan kawasan di mana si mati itu meninggal dunia, dan pendapat yang selanjutnya serta pendapat lain mengenai sebab kematian sedemikian yang dikehendaki oleh Pendaftar telah diberikan.

Bila pemeriksaan post-mortem diadakan

Section 22 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957