Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–

“bidan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan dengan sempurnanya sebagai bidan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan pendaftaran bidan;

“daftar” ertinya apa-apa daftar yang dikehendaki disimpan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini dan termasuklah–

(a)

mana-mana daftar kelahiran dan kematian yang disimpan atau dikehendaki dikekalkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

(b)

semua dokumen yang merekodkan butir-butir kelahiran dan kematian dan buku-buku rekod yang dikumpul darinya yang ada apabila mula berkuat kuasanya Akta ini dan dalam penjagaan Pendaftar Besar atau mana-mana pegawai awam lain;

(c)

mana-mana daftar baharu yang dikekalkan catatannya semula di bawah subseksyen 4(3); dan

(d)

mana-mana mikrofilem atau pita komputer yang dibuat menurut subseksyen 4(4);

“indeks” ertinya indeks bagi catatan dalam daftar;

“institusi awam” termasuklah penjara, lokap, hospital kesihatan jiwa, hospital dan mana-mana institusi awam atau khairat yang lain;

“kawasan pendaftaran” ertinya kawasan yang baginya Pendaftar dilantik dan apabila digunakan dengan merujuk kepada Penguasa

Pendaftar ertinya kawasan pendaftaran yang baginya Penguasa

Pendaftar tersebut dilantik;

“kelahiran mati” dan “lahir mati” hendaklah terpakai bagi mana-mana bayi yang telah dilahirkan oleh ibunya selepas minggu kedua puluh lapan kehamilan itu dan yang pada bila-bila masa selepas dilahirkan seluruhnya oleh ibunya tidak bernafas atau menunjukkan apa-apa tanda bernyawa yang lain;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah Akta ini dan apabila digunakan berhubungan dengan mana-mana kelahiran atau kematian ertinya Pendaftar yang menjadi kewajipannya mendaftarkan butir-butir kelahiran atau kematian itu;

“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini;

“penduduk’ termasuk penjaga, pengetua, matron, penguasa atau ketua pegawai yang lain sesuatu institusi awam, dan, jika sesuatu rumah itu disewa secara pangsa atau lojing yang berasingan, termasuklah mana-mana orang yang tinggal dalam rumah itu yang mana pangsa atau lojing yang berasingan tersebut adalah dipegang secara langsung oleh orang itu atau ejennya;

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 9

“pengamal perubatan berdaftar” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Perubatan 1971 [Akta 50];

“Penguasa Pendaftar” ertinya Penguasa Pendaftar Kelahiran dan

Kematian yang dilantik di bawah Akta ini dan apabila digunakan berhubungan dengan mana-mana Pendaftar ertinya Penguasa

Pendaftar bagi kawasan di mana kawasan pendaftaran Pendaftar tersebut terletak;

“Perakuan Kelahiran” ertinya perakuan yang dikeluarkan menurut seksyen 14 atau subseksyen 32(1);

“Perakuan Kematian” ertinya perakuan yang dikeluarkan menurut seksyen 25 atau subseksyen 32(1);

“rumah” termasuklah institusi awam;

“saudara” termasuklah saudara melalui perkahwinan;

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuk Wilayah Persekutuan.

Pelantikan pegawai