Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 3

(1A)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Timbalan Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bagi Malaysia, yang, tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khusus daripada Pendaftar Besar, boleh menjalankan mana-mana daripada kuasa-kuasa Pendaftar Besar di bawah Akta ini, dan yang hendaklah, semasa ketiadaan Pendaftar Besar atau jika diarah olehnya sedemikian, melaksanakan kewajipan dan fungsi Pendaftar Besar tersebut.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

(1B)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Penolong Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bagi Semenanjung Malaysia, yang, tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khusus dari Pendaftar Besar, boleh menjalankan mana-mana daripada kuasa Pendaftar Besar di bawah subseksyen 4(3), seksyen 4A, 5, subseksyen 12(1), seksyen 15, 16, 17, 21, 27, subseksyen 32(3), 32(4), perenggan 33(2)(b), seksyen 37B dan 38 Akta ini dan semua kuasa di bawah Akta ini yang diberi kepada Penguasa

Pendaftar atau Pendaftar-Pendaftar.

(2)

Pendaftar Besar boleh melantik–

(a)

seorang atau lebih pegawai awam sebagaimana yang dia fikirkan perlu melalui nama atau jawatan untuk menjadi

Penguasa Pendaftar Kelahiran dan Kematian bagi tiap-tiap kawasan pendaftaran;

(b)

seorang atau lebih, sama ada pegawai awam atau tidak, melalui nama atau jawatan untuk menjadi Pendaftar

Kelahiran dan

Kematian bagi tiap-tiap kawasan pendaftaran; dan

(c)

pegawai-pegawai lain sedemikian sebagaimana dia fikirkan perlu bagi tujuan melaksanakan berbagai tugas yang ditetapkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberikan di bawah subseksyen ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 1958.

(3)

Pendaftar Besar boleh menjalankan kuasa mana-mana Penguasa

Pendaftar atau mana-mana Pendaftar dan seorang Penguasa Pendaftar boleh menjalankan kuasa mana-mana Pendaftar dalam kawasan pendaftaran Penguasa Pendaftar tersebut.

(4)

Pendaftar Besar boleh mewakilkan secara bertulis yang ditandatanganinya mana-mana kuasanya di bawah Akta ini (kecuali kuasa perwakilan ini) kepada mana-mana Penguasa Pendaftar atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah perenggan (2)(c)

tertakluk kepada apa-apa syarat dan had sebagaimana yang dia boleh tentukan dalam surat cara perwakilan itu:

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 11

Dengan syarat bahawa Pendaftar besar boleh menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini, tanpa mengira apa-apa perwakilan olehnya di bawah seksyen ini.

Peruntukan dan penyenggaraan daftar

Section 3 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957