Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Pengeluaran Perakuan Kelahiran dan Perakuan Kematian
(2)
Tiap-tiap Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian hendaklah diperakui di bawah tandatangan Pendaftar atau Pendaftar
Besar atau Penguasa Pendaftar yang menjaga daftar itu.
(3)
Peruntukan seksyen 31 dan seksyen ini tidak terpakai kepada
Perakuan Kelahiran berkaitan dengan catatan dalam daftar kelahiran mati tetapi Pendaftar Besar boleh, jika difikirkannya patut dalam mana-mana hal tertentu dan dengan pembayaran fi yang diperuntukkan seperti di atas, menyebabkan suatu carian dibuat dan membenarkan mana-mana orang untuk mendapatkan Perakuan
Kelahiran berkenaan dengan mana-mana catatan dalam daftar kelahiran mati itu.
(4)
Apabila mana-mana permohonan bagi mendapatkan Perakuan
Kelahiran atau Perakuan Kematian dibuat menurut subseksyen (1), maka Penguasa Pendaftar hendaklah mengeluarkannya melainkan jika–
(a)
butir-butir yang diberi dalam borang permohonan adalah tidak lengkap atau tidak mencukupi atau pada pendapatnya tidak tepat; atau
(b)
atas apa-apa sebab yang dia berpendapat bahawa sesuatu catatan yang didapati selepas carian tidak boleh, dengan kepastian, dikaitkan dengan orang yang pendaftaran kelahiran atau kematiannya, perakuan tersebut dipohon.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 299
(5)
Apabila Penguasa Pendaftar enggan untuk memberikan
Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian di bawah seksyen ini, maka pemohon boleh secara bertulis merayu kepada Pendaftar Besar, yang keputusannya adalah muktamad.
Catatan dalam daftar sebagai keterangan bagi kelahiran atau kematian