Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Suatu catatan di dalam daftar atau Perakuan Kelahiran atau
Perakuan Kematian yang berhubungan dengannya, tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen ini melainkan jika–
(a)
catatan yang dikatakan telah ditandatangani oleh beberapa orang yang mengaku sebagai pemberitahu dan selagi menjadi orang yang sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang pada tarikh catatan itu untuk memberi kepada
Pendaftar maklumat berhubungan dengan kelahiran atau kematian tersebut; atau
(b)
catatan itu adalah suatu catatan kelahiran yang ditandatangani oleh orang yang mengaku sebagai
Penguasa Pendaftar, atau yang dikatakan telah dibuat dengan kebenaran Pendaftar Besar; atau
(c)
catatan itu adalah suatu catatan kematian yang dikatakan telah dibuat berdasarkan pada suatu perakuan daripada seorang Koroner atau Majistret; atau
(d)
catatan itu dikatakan telah dibuat menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran kelahiran dan kematian di laut atau di atas pesawat udara; atau
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 29
(e)
catatan itu adalah–
(i)
suatu catatan di dalam mana-mana daftar, buku rekod atau dokumen yang merekodkan butir-butir kelahiran dan kematian yang telah disimpan atau dilindungi di bawah atau menurut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dahulu yang berhubungan dengan pendaftaran kelahiran dan kematian; dan
(ii)
catatan tersebut atau salinan catatan yang diperakui akan dengan serta-merta sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini yang telah diterima sebagai keterangan fakta atau butir-butir berkenaan dengan catatan atau salinan yang diperakukan itu dikemukakan sebagai keterangan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini suatu Perakuan Kelahiran atau
Perakuan Kematian hendaklah disifatkan sebagai salinan yang diperakukan jika ianya dikatakan telah diperakui menurut subseksyen 32(2) walaupun ianya mungkin–
(a)
dihasilkan daripada salinan gambar foto; atau
(b)
suatu petikan maklumat yang terkandung di dalam daftar dalam borang yang ditetapkan yang mana borang itu mungkin berlainan daripada borang dalam mana catatan asal telah dibuat.
Kesalahan
Kesalahan berhubungan dengan daftar