Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Mana-mana orang yang–
(a)
dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk memberi maklumat mengenai mana-mana kelahiran atau kematian atau mana-mana kanak-kanak baharu lahir yang masih hidup atau mana-mana mayat, dengan sengaja enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Pendaftar berhubungan dengan butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan berkenaan dengan kelahiran atau kematian itu, atau melainkan diperuntukkan dalam Akta ini, gagal untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dibuat di bawahnya oleh Pendaftar;
(b)
enggan atau gagal tanpa alasan yang munasabah memberi, menyerah hantar atau menghantar mana-mana perakuan yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk memberi, menyerah hantar atau menghantar;
(c)
sebagai seorang yang kepadanya dikenakan tugas oleh seksyen 8 untuk memberi maklumat berkenaan dengan kelahiran, gagal memberikan maklumat tersebut dan maklumat tersebut tidak diberi;
(d)
sebagai ibu bapa kepada orang disah taraf seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Kesahtarafan 1961, gagal mematuhi mana-mana kehendak Pendaftar Besar yang dibuat di bawah atau dengan kuasa seksyen 17 Akta ini;
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 31
(e)
sebagai seorang yang kepadanya tugas untuk memberi maklumat berkenaan dengan sesuatu kematian adalah dikenakan ke atasnya oleh seksyen 19 Akta ini, gagal memberi maklumat itu dan maklumat itu tidak diberi; atau
(f)
sebagai seorang yang dipanggil oleh Pendaftar Besar atau
Penguasa Pendaftar untuk hadir di hadapannya menurut subseksyen 37B (2) gagal tanpa alasan yang munasabah untuk berbuat demikian;
boleh didenda sebanyak dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap kesalahan.
Penalti bagi maklumat palsu, catatan palsu, atau kerosakan catatan