Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 36

Mana-mana orang yang–

(a)

dengan sengaja membuat atau membenarkan untuk dibuat bagi maksud pendaftar apa-apa pernyataan palsu;

(b)

dengan sengaja atau dengan disedari mengemukakan atau membenarkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu, yang menyentuh apa-apa butir yang dikehendaki oleh Akta untuk dimaklumkan;

(c)

membuat atau membenarkan untuk dibuat apa-apa catatan palsu dalam mana-mana daftar, dengan pengetahuan bahawa yang sama adalah palsu;

(d)

dengan sengaja merosakkan atau membenarkan untuk dirosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana daftar;

(e)

dengan sengaja mengeluarkan mana-mana Perakuan

Kelahiran atau Perakuan Kematian yang mengandungi butir-butir palsu;

(f)

tanpa kuasa yang sah membuat apa-apa tanda di atas catatan atau dengan mencatat, memadam, membatalkan,

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

mengusik atau mengubah apa-apa catatan yang terkandung dalam mana-mana daftar;

(g)

dengan disedari dan dengan sengaja mendaftar atau menyebabkan pendaftaran sesuatu kematian atau kelahiran berkenaan dengan seseorang dibuat lebih daripada sekali;

(h)

menggunakan

Perakuan

Kelahiran atau

Perakuan

Kematian dengan menyedari atau mempercayai bahawa ia mengandungi apa-apa butir palsu;

(i)

dengan disedari memiliki atau menggunakan Perakuan

Kelahiran atau Perakuan Kematian dengan mendakwa bahawa yang sama adalah kepunyaannya atau kepunyaan seseorang lain selain pemunya sebenarnya;

(j)

memalsukan Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian;

(k)

menyerahkan mana-mana Perakuan Kelahiran atau

Perakuan Kematian kepada mana-mana orang dengan menyedari atau mempercayai bahawa ianya akan digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang;

(l)

tanpa kuasa yang sah atau alasan yang munasabah dengan sengaja menahan mana-mana Perakuan Kelahiran atau

Perakuan Kematian daripada pemunya sebenarnya; atau

(m)

membantu atau bersubahat melakukan mana-mana kesalahan terhadap Akta ini;

boleh didenda sebanyak dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya.

Pekhidmat awam

Section 36 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957