Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PUSAT JAGAAN 1993

Seksyen 10

Perakuan pendaftaran

(2)

Perakuan pendaftaran itu hendaklah dikeluarkan kepada pengendali pusat jagaan itu dan tidak boleh dipindahkan.

(3)

Pendaftaran sesuatu pusat jagaan dan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengannya adalah sah untuk enam puluh bulan kalendar.

(4)

Suatu salinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu.

(5)

Jika berlaku apa-apa perubahan dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, orang yang kepadanya perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah, dalam masa empat belas hari, memberitahu Ketua Pengarah dengan sewajarnya secara bertulis, dan

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pindaan sebagai ganti perakuan asal itu.

(6)

Apabila berhenti mengendalikan suatu pusat jagaan, orang yang kepadanya perakuan pendaftaran itu telah dikeluarkan hendaklah menyerahkan perakuan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa satu bulan dari tarikh pemberhentian itu.

Pembatalan pendaftaran