/akn/my/act/act/1993/506

*AKTA PUSAT JAGAAN 1993

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1993
Last amended
2018
Sections
27
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PUSAT JAGAAN 1993 is Malaysia Act, cited as Act 506 1993, currently marked in force and first recorded in 1993.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pengawalan, dan pemeriksaan pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia-1 Jun 1994, P.U. (B) 250/1994] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pusat Jagaan 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi bahagian-bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“daftar” ertinya daftar pusat jagaan berkediaman atau daftar pusat jagaan harian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikehendaki disimpan di bawah seksyen 8;

6 Undang-Undang Malaysia Akta 506

“jagaan” termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat,

Malaysia;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai kebajikan masyarakat atau seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 12;

“Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Kebajikan Masyarakat suatu

Negeri dan termasuklah masing-masingnya Pengarah Kebajikan

Masyarakat

Wilayah

Persekutuan

Kuala

Lumpur,

Wilayah

Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya;

“pengendali”, berhubung dengan sesuatu pusat jagaan berdaftar, ertinya orang yang atas permohonannya pusat itu didaftarkan;

“penghuni”, berhubung dengan sesuatu pusat jagaan berkediaman, ertinya seseorang yang telah diterima untuk jagaan sebagai penghuni di pusat jagaan berkediaman itu;

“pusat jagaan” ertinya pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian mengikut pengertian Akta ini;

“pusat jagaan berdaftar” ertinya sesuatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah seksyen 6;

“pusat jagaan berkediaman” ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini;

“pusat jagaan harian” ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga jam sehari antara matahari terbit hingga matahari terbenam, dan selama sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang

Pusat Jagaan 7

itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini;

“saudara” ertinya penjaga di sisi undang-undang bagi orang yang berkenaan, atau seseorang yang, sama ada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi undang-undang, adalah menjadi kepada orang yang berkenaan, atau berkedudukan berhubung dengan orang yang berkenaan seperti, bapa, ibu, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara, atau anak saudara.

Seksyen 3

Premis, dsb. yang dikecualikan

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana hospital kerajaan, atau mana-mana hospital persendirian yang dilesenkan di bawah

Akta

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Swasta 1998 [Akta 586];

Suggest a correction

(b)

mana-mana institusi atau premis yang tertakluk kepada kawalan di bawah, dan ditubuhkan, didaftarkan, dikendalikan, atau diuruskan dengan sahnya mengikut,

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];

Suggest a correction

(c)

mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah

Akta

Taman

Asuhan

Kanak-Kanak 1984 [Akta 308];

Suggest a correction

(d)

mana-mana institusi atau premis bagi rawatan, pemulihan, atau jagaan lanjutan penagih dadah, yang ditubuhkan atau dikendalikan dengan sahnya di bawah Akta Penagih

Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283];

Suggest a correction

(e)

mana-mana institusi atau premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau sesuatu

Kerajaan Negeri; atau

Suggest a correction

(f)

mana-mana institusi atau premis yang digunakan oleh

Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri bagi perumahan atau jagaan sementara orang apabila berlaku

8 Undang-Undang Malaysia Akta 506

apa-apa kejadian yang menimbulkan darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN

Suggest a correction

Pusat jagaan hendaklah didaftarkan

Seksyen 5

Larangan terhadap pusat jagaan tidak berdaftar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan berterusan, boleh sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu pusat jagaan sedang dikendalikan sebelum sahaja tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak menjadi kesalahan di bawah seksyen ini bagi mana-mana orang mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan itu—

(b)

jika permohonan untuk pendaftaran pusat jagaan itu dibuat dalam tempoh yang disebut dalam perenggan (a), semasa suatu tempoh selanjutnya selepas berakhirnya tempoh itu sehingga habisnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemohon diberitahu tentang keputusan enggan mendaftarkan pusat jagaan itu; dan

Suggest a correction

(c)

jika pemohon merayu kepada Menteri di bawah seksyen 22 dalam tempoh tiga puluh hari tersebut, semasa suatu tempoh selanjutnya selepas berakhirnya tempoh itu

Pusat Jagaan 9

sehingga tarikh pemohon diberitahu tentang keputusan menolak rayuan itu.

Pendaftaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh mendaftar atau boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud menimbang sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan, Ketua Pengarah boleh—

(a)

memasuki dan memeriksa premis pusat jagaan itu untuk memastikan bahawa pusat itu mematuhi segala kehendak undang-undang dan mana-mana pihak berkuasa yang berhubungan dengan binaan bangunan dan keselamatan kebakaran, dan bahawa pusat itu dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai; dan

Suggest a correction

(b)

menghendaki pemohon itu memberi kepadanya apa-apa maklumat dan butir-butir sebagaimana yang perlu untuk dia menentukan permohonan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasanya di bawah subseksyen

Suggest a correction

(2)

, Ketua Pengarah boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan jika apa-apa kehendak undang-undang yang berhubungan dengan pengendalian pusat jagaan itu atau yang berhubungan dengan premisnya belum dipatuhi.

Syarat-syarat untuk dikenakan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah, apabila mendaftar sesuatu pusat jagaan, boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya layak dan sesuai, termasuklah syarat-syarat—

(a)

yang mengehadkan bilangan orang yang boleh diterima di pusat jagaan itu pada bila-bila masa;

10 Undang-Undang Malaysia Akta 506

Suggest a correction

(b)

untuk memastikan bahawa mana-mana orang yang diambil kerja di pusat jagaan itu, sama ada dalam pengurusannya atau selainnya, orang yang layak dan sesuai, sama ada tentang umur atau selainnya, untuk diambil kerja di pusat jagaan itu;

Suggest a correction

(c)

untuk memastikan bahawa pusat jagaan itu akan dilengkapi secukupnya, dari segi kakitangan, dengan secukup bilangan orang yang mempunyai kelayakan atau pengalaman yang sesuai;

Suggest a correction

(d)

untuk memastikan bahawa perkhidmatan bagi jagaan, kawalan, penyeliaan, layanan, dan latihan penghuni atau orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan itu diberi dengan baik;

Suggest a correction

(e)

untuk memastikan bahawa diet yang cukup dan seimbang dan rehat dan rekreasi yang cukup disediakan di pusat jagaan itu;

Suggest a correction

(f)

untuk memastikan bahawa pusat jagaan itu akan dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai khususnya demi kepentingan kesihatan;

Suggest a correction

(g)

untuk memastikan bahawa perkiraan yang cukup akan dibuat untuk rawatan perubatan, fisioterapi, psikoterapi, terapi pekerjaan atau apa-apa rawatan lain yang sesuai dan wajar, dalam masa yang munasabah, berkenaan dengan apa-apa penyakit yang dihidapi oleh penghuni atau orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan;

Suggest a correction

(h)

untuk memastikan pematuhan di pusat jagaan itu akan apa-apa kehendak undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa yang berhubungan dengan binaan bangunan, langkah berjaga-jaga kebakaran, kesihatan, sanitasi dan keselamatan;

Suggest a correction

(i)

yang menghendaki pembayaran sejumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai deposit jaminan untuk memastikan pematuhan oleh pengendali akan peruntukan

Akta, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24, dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini, dan

Pusat Jagaan 11

untuk perlindungan dan demi kepentingan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan.

Daftar pusat jagaan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(b)

suatu daftar pusat jagaan harian, yang didaftarkan di bawah Akta ini yang mengandungi, berkenaan dengan setiap pusat jagaan—

Suggest a correction

(i)

nama dan alamat pengendali pusat jagaan itu;

(iii)

apa-apa butir lain sebagaimana difikirkan perlu oleh

Ketua Pengarah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Suatu salinan bagi atau cabutan daripada sesuatu catatan dalam daftar itu yang berupa sebagai diperakui di bawah tandatangan Ketua

Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima dalam keterangan sebagai bukti fakta yang dinyatakan di dalamnya sebagaimana pada tarikh perakuan itu.

Pemeriksaan daftar

Suggest a correction

Seksyen 9

Mana-mana orang boleh, atas permohonan secara bertulis kepada

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah dan setelah membayar fi yang ditetapkan, memeriksa daftar itu dalam masa waktu pejabat.

Seksyen 10

Perakuan pendaftaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perakuan pendaftaran itu hendaklah dikeluarkan kepada pengendali pusat jagaan itu dan tidak boleh dipindahkan.

Suggest a correction

(3)

Pendaftaran sesuatu pusat jagaan dan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengannya adalah sah untuk enam puluh bulan kalendar.

Suggest a correction

(4)

Suatu salinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu.

Suggest a correction

(5)

Jika berlaku apa-apa perubahan dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, orang yang kepadanya perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah, dalam masa empat belas hari, memberitahu Ketua Pengarah dengan sewajarnya secara bertulis, dan

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pindaan sebagai ganti perakuan asal itu.

Suggest a correction

(6)

Apabila berhenti mengendalikan suatu pusat jagaan, orang yang kepadanya perakuan pendaftaran itu telah dikeluarkan hendaklah menyerahkan perakuan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa satu bulan dari tarikh pemberhentian itu.

Pembatalan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 11

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran sesuatu pusat jagaan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika telah berlaku apa-apa pelanggaran, atau ketidakpatuhan kepada, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7;

Suggest a correction

(b)

jika pengendali pusat jagaan itu telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau keburukan akhlak;

Pusat Jagaan 13

Suggest a correction

(c)

jika ternyata kepadanya bahawa pusat jagaan itu telah terhenti daripada dikendalikan sebagai demikian, atau terhenti wujud, atau terhenti daripada terletak di bawah kawalan pengendalinya; atau

Suggest a correction

(d)

jika pengendalinya memohon supaya pendaftaran itu dibatalkan

Tafsiran

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik sekian bilangan pegawai yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

Seksyen 13

Kuasa Ketua Pengarah dan pegawai diberi kuasa

Open as pageSuggest a correction

(a)

kesihatan dan kesejahteraan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar itu dijaga dengan memuaskan;

Suggest a correction

(b)

daftar, rekod dan akaun yang sepatutnya ada disenggarakan;

Suggest a correction

(c)

kelengkapan yang cukup dan sesuai ada dibekalkan;

Suggest a correction

(d)

premis itu disenggarakan dengan baik tentang keadaan binaannya dan tentang kebersihan dan sanitasinya;

14 Undang-Undang Malaysia Akta 506

Suggest a correction

(e)

langkah berjaga-jaga yang cukup ada diambil terhadap kebakaran dan kejadian lain yang berkemungkinan membahayakan nyawa atau kesihatan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar itu;

Suggest a correction

(f)

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 telah, dan sedang, dipatuhi;

Suggest a correction

(g)

pada amnya, pusat jagaan berdaftar itu sedang dikendalikan dan diuruskan dengan memuaskan.

Suggest a correction

(2)

Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

mengemukakan soalan tentang pengurusan pusat jagaan berdaftar itu kepada pengendalinya atau mana-mana orang yang menjaga atau mengambil bahagian dalam pengurusan, atau yang bekerja di pusat jagaan berdaftar itu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar soalan demikian sedaya upaya mereka; dan

Suggest a correction

(b)

menghendaki mana-mana orang sedemikian supaya mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang dikehendaki supaya disimpan di bawah Akta ini atau apa-apa rekod yang berhubungan dengan pusat jagaan berdaftar itu, dan boleh menyitanya dan mengambil salinan baginya.

Kuasa Ketua Pengarah memberi arahan bertulis

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

ia dikendalikan dan diuruskan dengan memuaskan;

Pusat Jagaan 15

Suggest a correction

(b)

kebajikan penghuninya atau orang yang diterima untuk jagaan dimajukan dengan cara yang sepatutnya;

Suggest a correction

(c)

radas dan kelengkapan secukupnya yang perlu untuk memberi perlindungan daripada kebakaran ada dibekalkan di dalamnya; dan

Suggest a correction

(d)

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 dipatuhi.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu arahan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan itu; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah menyatakan suatu tempoh masa, yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, dalam mana arahan itu hendaklah dipatuhi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika rayuan dibuat kepada Menteri di bawah seksyen 22

terhadap sesuatu arahan di bawah subseksyen (1) dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, kuat kuasa arahan itu tertangguh dan jika Menteri mengesahkan arahan itu, arahan itu hendaklah dipatuhi dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.

Kuasa memerintahkan penutupan pusat jagaan berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

ternyata kepada Ketua Pengarah bahawa ada apa-apa bahaya atau kemungkinan bahaya kepada mana-mana orang dalam mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar; atau

Suggest a correction

(b)

berkenaan dengan mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar, sesuatu arahan di bawah seksyen 14

tidak dipatuhi dalam tempoh masa yang dinyatakan di bawah atau menurut perenggan (2)(b) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, subseksyen (3) seksyen itu,

16 Undang-Undang Malaysia Akta 506

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memerintahkan supaya premis itu hendaklah terhenti daripada digunakan sebagai atau bagi sesuatu pusat jagaan bagi apa-apa tempoh sebagaimana difikirkannya perlu, atau sehingga notis selanjutnya.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan berdaftar itu dan hendaklah mula berkuat kuasa dari suatu tarikh yang berikutan selepas sahaja hari terakhir bagi tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian perintah itu atau, jika pengendali itu merayu kepada Menteri di bawah seksyen 22 terhadap perintah itu dalam tempoh itu dan Menteri mengesahkan perintah itu, dari tarikh keputusan Menteri diberitahu kepada pengendali itu.

Suggest a correction

(3)

Penyampaian sesuatu perintah di bawah seksyen ini adalah cukup jika—

(a)

ia dihantar serah sendiri kepada pengendali pusat jagaan berdaftar yang berkenaan itu; atau

Suggest a correction

(b)

ia dihantar melalui pos berdaftar kepada alamat terakhirnya yang diketahui; atau

Suggest a correction

(c)

satu salinannya ditampalkan di sesuatu tempat yang mudah dilihat pada atau dalam premis yang dimaksudkan olehnya.

Kuasa memasuki dan memeriksa premis yang disyaki

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

mengemukakan soalan tentang pengurusan premis itu kepada mana-mana orang yang menjaga atau mengambil bahagian dalam pengurusan, atau yang bekerja di premis

Pusat Jagaan 17

itu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar soalan demikian sedaya upaya mereka; dan

Suggest a correction

(b)

menghendaki mana-mana orang sedemikian supaya mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang berhubungan dengan premis itu, dan boleh menyitanya dan mengambil salinan baginya.

Kuasa untuk mengelak

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai pusat jagaan yang telah dilak hendaklah—

(a)

dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu perakuan pendaftaran pusat jagaan itu;

dan

Suggest a correction

(b)

menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Lak itu hendaklah ditanggalkan jika—

(a)

orang itu mematuhi kehendak subseksyen (2); atau

Suggest a correction

(b)

suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap orang itu supaya orang itu berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai pusat jagaan, mengikut mana-mana yang terdahulu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu yang bertindak di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan itu atau kerosakan kepada rumah,

18 Undang-Undang Malaysia Akta 506

bangunan, premis atau tempat yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain tidak boleh melarang pendakwaan mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai pusat jagaan dengan melanggar Akta ini.

Hak untuk enggan mematuhi jika tiada bukti tentang identiti dan kuasa

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa kehendak atau perintah Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah Akta ini jika Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu enggan, apabila diminta, mengemukakan bukti tentang identiti dan kuasanya.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 18

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan berdaftar dalam mana-mana premis selain daripada premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran pusat jagaan berdaftar itu;

Suggest a correction

(b)

mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan yang dikendalikan dengan apa-apa nama selain daripada nama dengan mana ia didaftarkan;

Suggest a correction

(c)

dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang palsu, atau yang dia mengetahui atau

Pusat Jagaan 19

semunasabahnya patut mengetahui palsu, tentang apa-apa butir material;

Suggest a correction

(d)

menghalang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

enggan mengemukakan apa-apa rekod apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 13 atau 16, atau enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya di bawah seksyen 13 atau 16, atau memberi sesuatu jawapan yang palsu, atau yang dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui adalah palsu, tentang apa-apa butir material;

Suggest a correction

(f)

gagal mematuhi sesuatu perintah di bawah seksyen 15, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

Suggest a correction

(g)

gagal menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran itu dipamerkan mengikut subseksyen 10(4);

Suggest a correction

(h)

gagal memberitahu Ketua Pengarah tentang apa-apa perubahan dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam perakuan itu mengikut subseksyen 10(5); atau

Suggest a correction

(i)

gagal menyerahkan perakuan pendaftaran itu apabila berhenti mengendalikan suatu pusat jagaan mengikut subseksyen 10(6), melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan oleh pekerja dan ejen

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang (dalam subseksyen ini disebut

“prinsipal”) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah

Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejennya itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja prinsipal dalam perjalanan pekerjaannya, atau oleh ejen apabila bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 20

Dalam mana-mana pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini, jika dibuktikan bahawa mana-mana orang telah melakukan apa-apa perbuatan berkaitan dengan pengelolaan, pengendalian, atau pengurusan sesuatu pusat jagaan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu telah mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan itu.

Seksyen 21

Pemulaan pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta iniboleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Pusat Jagaan 21

Seksyen 21A

Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Rayuan kepada Menteri

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan atau tindakan Ketua Pengarah di bawah Akta ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan atau tindakan itu, merayu secara bertulis kepada Menteri, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Seksyen 23

Pengecualian

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan,mengecualikan mana-mana pusat jagaan atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan pusat jagaan daripada mana-mana

22 Undang-Undang Malaysia Akta 506

peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, jika Menteri berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas, dan bahawa ia tidaklah berlawanan dengan kepentingan awam, untuk berbuat demikian.

Seksyen 24

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

pengendalian, pengurusan, dan pengawasan pusat jagaan berdaftar;

Suggest a correction

(b)

tugas dan tanggungjawab pengendali pusat jagaan berdaftar;

Suggest a correction

(c)

kelayakan, pengalaman, pelantikan, tugas, tanggungjawab, dan tatatertib orang yang terlibat dalam pengendalian, pengurusan, dan pengawasan pusat jagaan berdaftar;

Suggest a correction

(d)

penjagaan kesihatan dan pemakanan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar;

Suggest a correction

(e)

pendaftaran orang yang diambil kerja dalam pusat jagaan berdaftar;

Suggest a correction

(f)

penyimpanan dan penyenggaraan daftar dan rekod lain berkenaan dengan pusat jagaan berdaftar, dan berkenaan dengan penghuninya dan orang yang diterima untuk jagaan di situ;

Suggest a correction

(g)

kehendak minimum yang kena dipatuhi oleh pusat jagaan berdaftar, termasuk kehendak sanitari, bekalan air, kehendak tentang kelengkapan, dan kehendak berkenaan dengan kesihatan;

Suggest a correction

(h)

borang yang kena digunakan dan maklumat yang kena diberi bagi apa-apa maksud Akta ini;

Pusat Jagaan 23

Suggest a correction

(i)

pengeluaran perakuan, dan pengeluaran salinan perakuan jika perakuan asal telah hilang atau musnah;

Suggest a correction

(k)

apa-apa perkara yang dikehendaki atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

24

Akta 506

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1292

Akta Pusat Jagaan

01-08-2008

(Pindaan) 2007

25

Akta 506

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2

Akta A1292

01-08-2008

3

Akta A1292

01-08-2008

10

Akta A1292

01-08-2008

11

Akta A1292

01-08-2008

11A

Akta A1292

01-08-2008

16A

Akta A1292

01-08-2008

18

Akta A1292

01-08-2008

21

Akta A1292

01-08-2008

21A

Akta A1292

01-08-2008

Suggest a correction
Suggest a correction

Common questions

What is CARE CENTRES ACT 1993?
*AKTA PUSAT JAGAAN 1993 is Malaysia Act, cited as Act 506 1993, currently marked in force and first recorded in 1993.
Is CARE CENTRES ACT 1993 still in force?
Yes — CARE CENTRES ACT 1993 is currently in force.
When did CARE CENTRES ACT 1993 take effect?
CARE CENTRES ACT 1993 was first recorded in 1993.
How many sections does CARE CENTRES ACT 1993 have?
CARE CENTRES ACT 1993 contains 27 sections.
What amends CARE CENTRES ACT 1993?
CARE CENTRES ACT 1993 has been amended by AKTA PUSAT JAGAAN (PINDAAN) 2018.
Where can I read the official version of CARE CENTRES ACT 1993?
The official text of CARE CENTRES ACT 1993 is published at lom.agc.gov.my.