Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PUSAT JAGAAN 1993

Seksyen 11

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran sesuatu pusat jagaan—

(a)

jika telah berlaku apa-apa pelanggaran, atau ketidakpatuhan kepada, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7;

(b)

jika pengendali pusat jagaan itu telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau keburukan akhlak;

Pusat Jagaan 13

(c)

jika ternyata kepadanya bahawa pusat jagaan itu telah terhenti daripada dikendalikan sebagai demikian, atau terhenti wujud, atau terhenti daripada terletak di bawah kawalan pengendalinya; atau

(d)

jika pengendalinya memohon supaya pendaftaran itu dibatalkan

Tafsiran