Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Kuasa Ketua Pengarah dan pegawai diberi kuasa
(a)
kesihatan dan kesejahteraan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar itu dijaga dengan memuaskan;
(b)
daftar, rekod dan akaun yang sepatutnya ada disenggarakan;
(c)
kelengkapan yang cukup dan sesuai ada dibekalkan;
(d)
premis itu disenggarakan dengan baik tentang keadaan binaannya dan tentang kebersihan dan sanitasinya;
14 Undang-Undang Malaysia Akta 506
(e)
langkah berjaga-jaga yang cukup ada diambil terhadap kebakaran dan kejadian lain yang berkemungkinan membahayakan nyawa atau kesihatan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar itu;
(f)
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 telah, dan sedang, dipatuhi;
(g)
pada amnya, pusat jagaan berdaftar itu sedang dikendalikan dan diuruskan dengan memuaskan.
(2)
Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh—
(a)
mengemukakan soalan tentang pengurusan pusat jagaan berdaftar itu kepada pengendalinya atau mana-mana orang yang menjaga atau mengambil bahagian dalam pengurusan, atau yang bekerja di pusat jagaan berdaftar itu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar soalan demikian sedaya upaya mereka; dan
(b)
menghendaki mana-mana orang sedemikian supaya mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang dikehendaki supaya disimpan di bawah Akta ini atau apa-apa rekod yang berhubungan dengan pusat jagaan berdaftar itu, dan boleh menyitanya dan mengambil salinan baginya.
Kuasa Ketua Pengarah memberi arahan bertulis