Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(a)
ternyata kepada Ketua Pengarah bahawa ada apa-apa bahaya atau kemungkinan bahaya kepada mana-mana orang dalam mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar; atau
(b)
berkenaan dengan mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar, sesuatu arahan di bawah seksyen 14
tidak dipatuhi dalam tempoh masa yang dinyatakan di bawah atau menurut perenggan (2)(b) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, subseksyen (3) seksyen itu,
16 Undang-Undang Malaysia Akta 506
Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memerintahkan supaya premis itu hendaklah terhenti daripada digunakan sebagai atau bagi sesuatu pusat jagaan bagi apa-apa tempoh sebagaimana difikirkannya perlu, atau sehingga notis selanjutnya.
(2)
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan berdaftar itu dan hendaklah mula berkuat kuasa dari suatu tarikh yang berikutan selepas sahaja hari terakhir bagi tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian perintah itu atau, jika pengendali itu merayu kepada Menteri di bawah seksyen 22 terhadap perintah itu dalam tempoh itu dan Menteri mengesahkan perintah itu, dari tarikh keputusan Menteri diberitahu kepada pengendali itu.
(3)
Penyampaian sesuatu perintah di bawah seksyen ini adalah cukup jika—
(a)
ia dihantar serah sendiri kepada pengendali pusat jagaan berdaftar yang berkenaan itu; atau
(b)
ia dihantar melalui pos berdaftar kepada alamat terakhirnya yang diketahui; atau
(c)
satu salinannya ditampalkan di sesuatu tempat yang mudah dilihat pada atau dalam premis yang dimaksudkan olehnya.
Kuasa memasuki dan memeriksa premis yang disyaki