Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Mana-mana orang yang—
(a)
mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan berdaftar dalam mana-mana premis selain daripada premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran pusat jagaan berdaftar itu;
(b)
mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan yang dikendalikan dengan apa-apa nama selain daripada nama dengan mana ia didaftarkan;
(c)
dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang palsu, atau yang dia mengetahui atau
Pusat Jagaan 19
semunasabahnya patut mengetahui palsu, tentang apa-apa butir material;
(d)
menghalang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini;
(e)
enggan mengemukakan apa-apa rekod apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 13 atau 16, atau enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya di bawah seksyen 13 atau 16, atau memberi sesuatu jawapan yang palsu, atau yang dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui adalah palsu, tentang apa-apa butir material;
(f)
gagal mematuhi sesuatu perintah di bawah seksyen 15, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
(g)
gagal menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran itu dipamerkan mengikut subseksyen 10(4);
(h)
gagal memberitahu Ketua Pengarah tentang apa-apa perubahan dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam perakuan itu mengikut subseksyen 10(5); atau
(i)
gagal menyerahkan perakuan pendaftaran itu apabila berhenti mengendalikan suatu pusat jagaan mengikut subseksyen 10(6), melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan oleh pekerja dan ejen