Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PUSAT JAGAAN 1993

Seksyen 24

Peraturan-peraturan

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

pengendalian, pengurusan, dan pengawasan pusat jagaan berdaftar;

(b)

tugas dan tanggungjawab pengendali pusat jagaan berdaftar;

(c)

kelayakan, pengalaman, pelantikan, tugas, tanggungjawab, dan tatatertib orang yang terlibat dalam pengendalian, pengurusan, dan pengawasan pusat jagaan berdaftar;

(d)

penjagaan kesihatan dan pemakanan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar;

(e)

pendaftaran orang yang diambil kerja dalam pusat jagaan berdaftar;

(f)

penyimpanan dan penyenggaraan daftar dan rekod lain berkenaan dengan pusat jagaan berdaftar, dan berkenaan dengan penghuninya dan orang yang diterima untuk jagaan di situ;

(g)

kehendak minimum yang kena dipatuhi oleh pusat jagaan berdaftar, termasuk kehendak sanitari, bekalan air, kehendak tentang kelengkapan, dan kehendak berkenaan dengan kesihatan;

(h)

borang yang kena digunakan dan maklumat yang kena diberi bagi apa-apa maksud Akta ini;

Pusat Jagaan 23

(i)

pengeluaran perakuan, dan pengeluaran salinan perakuan jika perakuan asal telah hilang atau musnah;

(j)

fi yang kena dibayar di bawah Akta ini; dan

(k)

apa-apa perkara yang dikehendaki atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

24

Akta 506

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1292

Akta Pusat Jagaan

01-08-2008

(Pindaan) 2007

25

Akta 506

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2

Akta A1292

01-08-2008

3

Akta A1292

01-08-2008

10

Akta A1292

01-08-2008

11

Akta A1292

01-08-2008

11A

Akta A1292

01-08-2008

16A

Akta A1292

01-08-2008

18

Akta A1292

01-08-2008

21

Akta A1292

01-08-2008

21A

Akta A1292

01-08-2008

Section 24 — CARE CENTRES ACT 1993 | mylaw.my