Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“daftar” ertinya daftar pusat jagaan berkediaman atau daftar pusat jagaan harian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikehendaki disimpan di bawah seksyen 8;
6 Undang-Undang Malaysia Akta 506
“jagaan” termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat,
Malaysia;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai kebajikan masyarakat atau seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 12;
“Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Kebajikan Masyarakat suatu
Negeri dan termasuklah masing-masingnya Pengarah Kebajikan
Masyarakat
Wilayah
Persekutuan
Kuala
Lumpur,
Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya;
“pengendali”, berhubung dengan sesuatu pusat jagaan berdaftar, ertinya orang yang atas permohonannya pusat itu didaftarkan;
“penghuni”, berhubung dengan sesuatu pusat jagaan berkediaman, ertinya seseorang yang telah diterima untuk jagaan sebagai penghuni di pusat jagaan berkediaman itu;
“pusat jagaan” ertinya pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian mengikut pengertian Akta ini;
“pusat jagaan berdaftar” ertinya sesuatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah seksyen 6;
“pusat jagaan berkediaman” ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini;
“pusat jagaan harian” ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga jam sehari antara matahari terbit hingga matahari terbenam, dan selama sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang
Pusat Jagaan 7
itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini;
“saudara” ertinya penjaga di sisi undang-undang bagi orang yang berkenaan, atau seseorang yang, sama ada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi undang-undang, adalah menjadi kepada orang yang berkenaan, atau berkedudukan berhubung dengan orang yang berkenaan seperti, bapa, ibu, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara, atau anak saudara.